Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Applied Materials terima Anugerah Rakan Cemerlang dalam Kemajuan S'pura

Syarikat peralatan semikondutor, Applied Materials diberi Anugerah Rakan Cemerlang dalam Kemajuan negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2019 08:20PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 09:25PM

SINGAPURA: Syarikat peralatan semikondutor, Applied Materials diberi Anugerah Rakan Cemerlang dalam Kemajuan negara ini.

Anugerah itu diberikan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi sebagai mengiktiraf sumbangan besar Applied Materials kepada ekonomi dan masyarakat Singapura.

Pemangku Perdana Menteri, Heng Swee Keat berkata kerjasama kukuh antara pemerintah dengan syarikat-syarikat adalah penting bagi pembangunan Singapura.

Applied Materials telah memilih Singapura sebagai tempat bagi kilang terbesarnya di luar Amerika Syarikat.

Terletak di Changi, ia juga merupakan satu-satunya kilang syarikat itu di Asia.

Sepanjang 10 tahun lalu, syarikat peralatan semikonduktor itu sudah melabur lebuh S$100 juta di Singapura.

Ia mempunyai lebih 900 pekerja, menjadikannya majikan terbesar sektor itu di negara ini.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan