Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Applied Materials, NUS bangunkan makmal semikonduktor $70 juta

Sebuah makmal korporat bernilai $70 juta dilancarkan hari ini (25 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Oct 2018 07:28PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 10:02PM

SINGAPURA: Sebuah makmal korporat bernilai $70 juta dilancarkan hari ini (25 Okt).

Penubuhan makmal itu adalah hasil kerjasama antara syarikat semikonduktor Amerika Syarikat, Applied Materials dengan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Makmal itu akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan baru untuk menghasilkan semikondutor generasi selanjutnya.

Ia akan menggajikan dan melatih 50 penyelidik, jurutera dan pelajar dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri semikonduktor.

Kemudahan itu akan dilengkapi dengan teknologi realiti maya (VR) yang boleh mencipta peralatan elektronik yang lebih kecil, pantas dan murah bagi para pengguna.

Applied Materials juga akan menyediakan biasiswa $1.5 juta bagi para mahasiswa peringkat PhD di makmal itu.

Syarikat berkenaan menambah bahawa gabungan prasarana dan kumpulan bakat yang ada menjadi faktor-faktor utama baginya menubuhkan makmal penyelidikan pertama di sebuah universiti di sini. 

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan