Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App Pejabat Mufti akan dijadikan lebih interaktif, siap dalam setahun

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan bahawa aplikasi atau app telefon bijak Pejabat Mufti yang popular, akan dijadikan lebih interaktif bagi para pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan bahawa aplikasi atau app telefon bijak Pejabat Mufti yang popular, akan dijadikan lebih interaktif bagi para pengguna.

Ciri-ciri baru itu dijangka siap dalam masa setahun ini.

Sehingga kini, app Pejabat Mufti itu yang menyediakan khidmat seperti jadual solat, senarai masjid, artikel tentang fatwa terbaru serta mempunyai salinan-salinan khutbah yang disampaikan di masjid-masjid, sudah dimuat-turun 175,000 pengguna.

Semua ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha MUIS untuk meluaskan lagi usaha digitalisasinya, selaras dengan Pelan Induk Digital Pemerintah.

MUIS menyatakan, secara keseluruhannya, tiga juta pengunjung memanfaatkan pelbagai khidmat dan maklumat yang tersedia di lelaman MUIS sepanjang tahun lalu.

TRANSFORMASI DIGITAL MUIS

Sejak lebih sedekad lalu, MUIS menjalankan pelbagai usaha Transformasi Digital. Antara khidmat melalui platform digital yang disediakan MUIS termasuklah pembayaran zakat menerusi platform online dan pendaftaran sijil Halal.

Tidak terhenti di situ, Timbalan Pengarah Unit Stategik IT dan Khidmat Digital MUIS, Encik Mohd Yasman Abdul Salam, memberitahu BERITAMediacorp bahawa MUIS juga melakukan rombakan pada laman rasminya.

Encik Yasman berkata: "MUIS memperhalusi dan mempertingkat khidmatnya dengan melakukan rombakan pada laman kami. Ini supaya ia menjadi mesra pengguna. Apa yang memberangsangkan lagi, lelaman MUIS mendapat kunjungan lebih dari tiga juta, daripada segi jumlah pengunjung ke laman atau 'Page Views'." 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan