Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App baru bantu pelajar berkeperluan khas pertingkat kemahiran sosial dan emosi

Dalam ujian perintis yang diluaskan aplikasi itu boleh digunakan semua pelajar di sekolah-sekolah APSN.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2020 07:08PM Dikemas Kini : 17 Nov 2020 09:17PM

SINGAPURA: Membantu pelajar-pelajar keperluan khas belajar tentang kemahiran sosial dan emosi melalui permainan telefon bimbit.

Tiga aplikasi seperti itu dicipta selepas projek perintisnya selama sembilan minggu yang dilakukan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Ia sebahagian daripada usaha untuk menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi manfaat sosial.

Aplikasi itu memerlukan para pelajar memadankan ekspresi wajah mereka dengan emoji yang sesuai untuk mendapat markah.

Para penciptanya berkata tiga permainan itu akan membantu para pelajar mengetahui dan menzahirkan perasaan mereka.

140 pelajar keperluan khas menyertai uji cuba yang dilakukan tahun lalu.

Dalam ujian perintis yang diluaskan aplikasi itu boleh digunakan semua pelajar di sekolah-sekolah APSN.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 300 pelajar. 

Sumber : CNA/NZ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan