Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App agih makanan kepada golongan memerlukan dilancarkan

Cik Halinah Yatim menerima barangan dapur dan kadang kala, daging beku setiap minggu daripada Pekik Community Services, yang membantu golongan memerlukan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
App agih makanan kepada golongan memerlukan dilancarkan

(Gambar: Food Bank Singapore)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 01:14PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 01:19PM

SINGAPURA: Cik Halinah Yatim menerima barangan dapur dan kadang kala, daging beku setiap minggu daripada Pekik Community Services, yang membantu golongan memerlukan di Singapura.

Wanita berusia 46 tahun itu ialah salah seorang daripada 1,000 penerima yang diberi makanan tengah hari secara percuma di acara "Feed the City" di City Square Mall pada Sabtu (13 Apr).

Ibu empat orang anak itu sudah tidak bekerja sejak empat tahun lalu disebabkan oleh kecederaan di bahagian tulang belakangnya dan kakinya, dan menyara kehidupan dengan bantuan kewangan bulanan sebanyak S$1,000 daripada Majlis Pembangunan Masyarakat Tengah.

Ini adalah kali pertama Feed the City diadakan di Asia. Acara masyarakat itu dimulakan pada 2015 oleh apilkasi telefon bijak impak sosial TangoTab, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Aplikasi tersebut, yang memberi makanan percuma kepada golongan memerlukan apabila para pelanggan menjamu selera di restoran-restoran yang menyertai kerjasama itu, dilancarkan di Singapura pada Sabtu oleh ketua pegawai eksekutif TangoTab Andre Angel.

Aplikasi tersebut sudah menjalin kerjasama dengan para pengendali makanan dan minuman seperti McDonald's dan Ya Kun Kaya Toast di lebih 500 tempat di Singapura.

SOKONG NGO TEMPATAN

Jaminan makanan di Singapura "semakin teruk", kata Encik Ng yang menukil satu kajian oleh Pusat Lien bagi Inovasi Sosial ke atas 236 keluarga pada 2018 yang menunjukkan bahawa hampir satu daripada setiap lima rakyat Singapura mengalami masalah jaminan makanan yang sangat mendesak.

Food Bank Singapore berharap ia akan dapat menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah tempatan dengan menjaga kesemua keperluan berkaitan makanan.

Ia mengagihkan semula sekitar 550 tan makanan kepada hampir 300 penerima di bawah jagaannya tahun lalu, tambah Encik Ng.

Acara pada Sabtu diadakan bagi para penerima dari lapan pertubuhan bukan pemerintah, termasuk Gladiolus Place dan Pusat Pekerja Pendatang.

Makanan-makanan ditaja dan disediakan oleh penyedia makanan mesin layan sendiri KALMS dan kumpulan restoran Central Thai Kitchen dan Soup Restaurant.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan