Images

Aplikasi LIFE dilancarkan, tingkatkan penyertaan golongan kurang upaya dalam sukan

SINGAPURA: Golongan kurang upaya (PwD) kini boleh lebih melibatkan diri dalam sukan menerusi aplikasi LIFE.

Aplikasi itu memadankan golongan PwD yang berminat, dengan sukan yang sesuai dengan keupayaan mereka.

Ia sebahagian daripada inisiatif Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) untuk meningkatkan penyertaan golongan tersebut di dalam sukan.

Buat masa sekarang, hanya 50 peratus PwD melibatkan diri dalam sukan.

Setakat ini, aplikasi itu menawarkan 20 jenis sukan seperti bola sepak, memanah dan berenang.

Menerusi wadah itu, SDSC berharap untuk mewujudkan sebuah masyarakat di mana golongan PwD boleh berkumpul dan bergaul.

Bagi para atlit kurang upaya, aplikasi itu dapat membantu persediaan mereka untuk bertanding, dengan menjejak prestasi mereka.

Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk acara-acara sukan bagi golongan PwD menggunakan aplikasi itu.

- CNA/AY/ha

Top