Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi Habits-GDM bantu wanita hamil kawal kandungan gula dalam darah

Satu aplikasi yang membantu wanita-wanita hamil mengawal kandungan gula dalam darah mereka, didapati turut berkesan untuk mencegah kerumitan yang mungkin dialami bayi mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2020 08:29PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 09:05PM

SINGAPURA: Satu aplikasi yang membantu wanita-wanita hamil mengawal kandungan gula dalam darah mereka, didapati turut berkesan untuk mencegah kerumitan yang mungkin dialami bayi mereka.

Ujian klinikal aplikasi itu selama dua tahun yang dijalankan Hospital NUH adalah yang terbesar di dunia, menggunakan teknologi mudah alih untuk membantu wanita-wanita yang menghidap penyakit kencing manis semasa hamil.

Ujian itu dilakukan dari tahun 2017 hingga 2019 dan melibatkan 340 wanita hamil yang mengalami masalah tersebut.

Menerusi penggunaan aplikasi Habits-GDM, kandungan gula darah, pemakanan dan kegiatan fizikal mereka dipantau.

Para wanita hamil itu juga diberi nasihat dan peringatan menerusi ruang 'chatbox'.

Aplikasi itu ciptaan bersama para penyelidik klinikal NUH dan ia sudah boleh dimuat turun.

Sumber : CNA/NZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan