Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi baru tangani masalah rabun jauh kanak-kanak

Sebuah syarikat tempatan sedang mencipta satu aplikasi telefon bijak untuk menangani masalah rabun jauh atau miopia di kalangan kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 May 2018 08:25PM Dikemas Kini : 21 May 2018 12:09AM

SINGAPURA: Sebuah syarikat tempatan sedang mencipta satu aplikasi telefon bijak untuk menangani masalah rabun jauh atau miopia di kalangan kanak-kanak.

Masalah rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak di Singapura adalah salah satu yang tertinggi di dunia.

Aplikasi tersebut akan mengeluarkan amaran setiap kali kanak-kanak memegang telefon terlalu dekat dengan mata.

Amaran itu akan keluar setiap lima saat sehinggalah anda menjauhkan kedudukan telefon daripada mata pada jarak yang sesuai.

Aplikasi itu dipanggil 'plano' yang bertujuan membantu kanak-kanak memupuk amalan baik agar tidak mengalami rabun jauh.

Plano juga membataskan masa bagi kanak-kanak menggunakan sesuatu alat mudah alih dan laporan mingguan akan dihantar kepada ibu bapa.

Selain itu aplikasi berkenaan mempunyai sistem mata ganjaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membayar bagi kegiatan di luar rumah.

Kajian menunjukkan kegiatan bermain di luar rumah sekurang-kurangnya dua jam boleh mengurangkan dengan banyak risiko kanak-kanak mengalami rabun jauh.

Baru-baru ini Plano bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan HPB untuk mendekati kira-kira 320,000 kanak-kanak prasekolah dan murid-murid sekolah rendah sepanjang 12 bulan akan datang.

Aplikasi tersebut sudahpun dipasarkan sejak Oktober tahun lalu.

Sumber : CNA/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan