Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi bantu individu berisiko tangani kencing manis

Aplikasi dihasilkan hospital tempatan dorong pengguna merubah gaya hidup sekali gus mengurangkan berat badan.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi bantu individu berisiko tangani kencing manis

Seorang pesakit penyakit kencing manis ketika menjalani ujian. (Gambar fail: Mario Anzuoni/Reuters)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 01:05PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 01:12PM

SINGAPURA: Satu kaedah yang dapat membantu menilai risiko kencing manis kini semakin luas digunakan.

Di kalangan golongan lebih muda yang menggunakan Penilaian Risiko Kencing Manis (DRA) itu, 20 peratus didapati berisiko menghidapi penyakit itu.

DRA juga semakin kerap dimanfaatkan sejak ia diketengahkan dalam Belanjawan 2018 sebagai cara untuk memerangi penyakit kencing manis.

Sehingga 31 Disember lalu, ia digunakan 274,000 kali, iaitu naik kepada lebih dua kali ganda sejak Belanjawan tahun lalu.

17 peratus daripada responden mendapati mereka lebih berisiko menghidap kencing manis.

Sekitar 5,000 daripada mereka ditawarkan pemeriksaan bersubsidi di bawah program 'Screen For Life' kendalian Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

UBAH GAYA HIDUP PADA USIA 26 TAHUN

Salah seorang yang meraih manfaat daripada penggunaan aplikasi itu ialah Encik Muhammad Raimi Zainal, 26 tahun.

Menerusi penggunaan aplikasi DRA, beliau mendapati dirinya berisiko tinggi menghidap kencing manis. Maka itu beliau membuat keputusan untuk merubah gaya hidupnya.

"Dari segi pemakanan, saya mengurangkan makanan segera. Bukan terus hentikan secara mendadak, tapi kurangkan kadarnya kepada seminggu sekali. Sebelum ini, saya makan makanan segera setiap hari kerana rutin seharian yang begitu sibuk," kongsi pegawai pendamping pelanggan itu.

Perubahan pada cara pemakanan ini digandingkan dengan senaman seperti Zumba dan berjalan jarak jauh, atas nasihat doktor yang beliau kunjungi secara tetap.

APP NTFGH BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Satu lagi usaha yang kelihatannya berhasil adalah aplikasi yang menyasarkan para individu di tahap pra-kencing manis.

Ia dihasilkan oleh Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Universiti Nasional Singapura.

Para pengguna hanya perlu mengimbas makanan untuk mengetahui kandungan zat dan memantau pengambilan kalori seharian mereka.

Menerusi aplikasi tersebut, para pengguna juga boleh mendapat maklum balas terperinci oleh karyawan kesihatan berhubung diet dan rutin senaman mereka.

Sejauh ini, 90 peratus dalam kalangan 20 penggunanya melaporkan berjaya mengurangkan berat badan mereka sebanyak lima peratus.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan