Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP WP, anggota AHTC bertindak dengan niat baik, tidak langgar tugas

Hari pertama perbicaraan berprofil tinggi yang melibatkan tiga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) berhubung dakwaan pembayaran tidak wajar sudahpun berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2018 08:36PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 09:03PM

SINGAPURA: Hari pertama perbicaraan berprofil tinggi yang melibatkan tiga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) berhubung dakwaan pembayaran tidak wajar sudahpun berakhir.

Dalam kenyataan pembukaannya, pihak peguam bela mengatakan bahawa tiga AP WP - Setiausaha Agung Pritam Singh, Pengerusi Sylvia Lim dan mantan ketua parti itu Low Thia Kiang - serta dua anggota Majlis Bandaran terbabit mengaku mereka bertindak mengikut tugas-tugas berkanun di bawah Akta Majlis Bandaran.

Ini termasuk mempengerusikan mesyuarat serta tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan acara.

Namun mereka tetap mengekalkan pendirian bahawa mereka tidak perlu menjalankan tugas fidusiari.

Tugas fidusiari, menurut mereka, bertentangan dengan tujuan Akta Majlis Bandaran untuk mengupayakan para AP, pemimpin akar umbi dan penduduk dalam pengurusan estet.

Mereka menarik perhatian bahawa Majlis Bandaran bersifat politik dan bertujuan untuk diuruskan oleh AP yang dipilih, dengan sedikit campur tangan oleh pemerintah.

Maka itu, kebertanggungjawapan para AP adalah terhadap para penduduk yang memilih mereka.

Perbicaraan disambung pada Isnin (8 Okt) dengan para auditor dari KPMG dan PricewaterhouseCoopers (PwC) dijangka memberikan keterangan.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan