AP Sengkang Raeesah Khan lahirkan anak kedua
Anggota Parlimen Raeesah Khan mengumumkan kelahiran anak keduanya pada Sabtu (2 Jan).
SINGAPURA: Anggota Parlimen Raeesah Khan mengumumkan kelahiran anak keduanya pada Sabtu (2 Jan).
"Kami ibu bapa yang bangga kepada bayi Alya! Kami mengalami permulaan yang sukar tetapi kami berdua sedang pulih dengan baik. Terima kasih atas semua ucapan anda," kata Cik Khan di laman Facebooknya.
Cik Khan ialah anggota kedua Parti Pekerja (WP) pasukan Sengkang yang melahirkan anak minggu ini. Pada Khamis, AP He Ting Ru mengumumkan kelahiran anak ketiganya.
Dalam satu catatan Facebook pada Isnin, Cik Khan mengumumkan bahawa sesi Bertemu Penduduk pada malam itu adalah yang terakhir sebelum beliau mengambil cuti bersalin.
Pada Ahad, Cik Khan dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat WP bersama para AP GRC Sengkang lain, Cik He, Dr Jamus Lim dan Encik Louis Chua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.