Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP sebulat suara sokong rancangan biayai projek prasarana badan berkanun, firma awam

Ini termasuk kos susulan yang perlu ditanggung serta sama ada bon-bon itu juga akan dibuka kepada para pelabur persendirian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2018 08:49PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:04AM

SINGAPURA: Para AP sebulat suara menyokong rancangan pemerintah untuk meneroka kaedah pinjaman bagi membiayai projek-projek prasarana yang diselia badan-badan berkanun dan syarikat awam.

Namun beberapa keprihatinan turut disuarakan semasa perbahasan tadi.

Ini termasuk kos susulan yang perlu ditanggung serta sama ada bon-bon itu juga akan dibuka kepada para pelabur persendirian.

Terminal 5 Lapangan Terbang Changi dan Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura merupakan antara projek-projek prasarana yang menggunakan dana pinjaman untuk membantu menyebarkan dengan lebih adil jumlah pembiayaan antara generasi sekarang dan akan datang.

Pemerintah kini mempertimbangkan untuk menjamin pinjaman jangka panjang sedemikian yang akan dapat menurunkan kos pembiayaan.

Ini bagi memastikan Singapura tidak menggunakan dana rizabnya secara langsung untuk membiayai perbelanjaan besar.

Bagaimanapun AP Gan Thiam Poh berkata pemerintah perlu lebih memilih dalam menentukan projek mana yang boleh dibuka kepada para pelabur.

Misalnya pemerintah katanya, perlu berhati-hati supaya projek-projek seperti pengangkutan awam di dalam negara tidak terlalu dikomersilkan.

Isu mengenai kos tambahan daripada strategi sedemikian juga diutarakan para AP dan AP dilantik.

AP GRC Sembawang Lim Wee Kiak menarik perhatian tentang kos penyenggaraan yang bertambah serta sama ada sektor binaan dan tenaga manusia mampu mengendalikan kesemua projek prarasana itu secara serentak.

AP dilantik, Azmoon Ahmad pula bimbang sekiranya kos daripada pinjaman itu pada akhirnya akan ditanggung oleh para pengguna.

Dalam pada itu, beberapa AP lain menyarankan supaya mengeluarkan bon^ tanpa cukai atau 'green bond' bagi sejumlah pinjaman itu.

Menurut mereka, ini akan sekaligus menyokong inisiatif Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengembangkan pasaran bon sedemikian di Singapura.  

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan