Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Parti Pekerja kemukakan rayuan online bantu lunas yuran guaman

Tiga Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) yang terbabit dalam kes saman atas tuduhan salah menguruskan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), mengemukakan rayuan pada Rabu (24 Okt), di wadah online untuk mendapatkan dana.

Anggaran Waktu Membaca:
AP Parti Pekerja kemukakan rayuan online bantu lunas yuran guaman

(Dari kiri) AP Parti Pekerja, Pritm Singh, Low Thia Khiang dan Sylvia Lim meninggalkan Mahkamah Tinggi pada 8 Oktober 2018. (Gambar: Koh Mui Fong/TODAY)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 09:57AM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 10:00AM

SINGAPURA: Tiga Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) yang terbabit dalam kes saman atas tuduhan salah menguruskan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), mengemukakan rayuan pada Rabu (24 Okt), di wadah online untuk mendapatkan dana.

Mantan Ketua WP Low Thia Khiang, Setiausaha Agung Pritam Singh dan pengerusi parti itu, Sylvia Lim mengeluarkan kenyataan di laman In Good Faith bahawa sejauh ini mereka sudah membayar yuran guaman dengan menggunakan wang simpanan masing-masing dan hasil sumbangan daripada rakan-rakan.

Dalam responsnya kepada pertanyaan media, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) WP Daniel Goh mengesahkan kesahan rayuan bagi derma tersebut.

Encik Low, Cik Lim dan Encik Singh disaman oleh AHTC dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) kerana didakwa mencabuli tanggungjawab fidusiari mereka ketika melantik FM Solutions and Services (FMSS). Mereka juga didakwa atas tuduhan pembayaran jutaan dolar "tidak wajar" iaitu lebih S$33 juta, yang sebahagian besarnya kepada FMSS.

Bagaimanapun, mereka menafikan dakwaan-dakwaan tersebut. Cik Lim dan Encik Low sudah memberikan keterangan masing-masing bagi perbicaraan yang bermula pada 5 Oktober dan Encik Singh dijangka akan melakukan perkara sama pada hari ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan