Images
  • WP (1)
    Para AP Parti Pekerja. (Gambar: Koh Mui Fong/TODAY)

AP Parti Pekerja didapati bertanggungjawab dalam kes jutaan dolar AHTC

SINGAPURA: Seorang hakim pada Jumaat (11 Okt) mendapati tiga Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) bertanggungjawab atas satu kes penting berhubung penyalahgunaan dana majlis perbandaran, dengan mengatakan bahawa terdapat "keraguan serius" tentang kewibawaan Cik Sylvia Lim dan Encik Low Thia Khiang.

Kedua-dua AP, bersama ketua WP Pritam Singh, kini mungkin dipertanggungjawabkan atas tuntutan S$33.7 juta, yang akan ditentukan dalam "peringkat kedua perbicaraan di masa akan datang," menurut hakim Mahkamah Tinggi Kannan Ramesh.

Dalam jawapan bertulisnya, Hakim Ramesh berkata bahawa Cik Lim dan Encik Low gagal dalam melaksanakan tugas fidusiari terhadap pihak-pihak berkepentingan dengan melantik FM Solutions and Services (FMSS) sebagai ejen pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Kedua-duanya "gagal bertindak atas kepentingan terbaik AHTC dan bertindak dengan tujuan yang tidak relevan, katanya.

Hakim berkata, meskipun Encik Singh "tidak boleh dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab fidusiari kepada AHTC", beliau sudah "memungkiri tugas kemahiran dan menjaga", menurut hakim itu.

Pelantikan FMSS sebagai ejen pengurusan menyebabkan AHTC membuat pembayaran tidak wajar bernilai lebih S$33 juta kepada FMSS, yang diterajui oleh para individu dengan konflik peranan dalam majlis perbandaran dan FMSS.

Para individu tersebut ialah Cik How Weng Fan, yang bekerja dengan Encik Low selama lebih dua dekad dan mendiang suaminya Danny Loh.

Hakim tersebut mendapati bahawa ketiga-tiga AP itu "jelas terlibat dari permulaan untuk melaksanakan pelantikan" FMSS tanpa sebarang tender, dan mereka mempunyai "niat kolateral dalam berbuat demikian".

- CNA/NA/na

Top