Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP gesa adakan mekanisme mudahkan orang ramai derma Bonus SG

Dua Anggota Parlimen (AP) menyarankan agar satu mekanisme diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai mendermakan Bonus SG, antara $100 dengan $300, kepada amal.

Anggaran Waktu Membaca:
AP gesa adakan mekanisme mudahkan orang ramai derma Bonus SG

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 09:42PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 09:43PM

SINGAPURA: Dua Anggota Parlimen (AP) menyarankan agar satu mekanisme diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai mendermakan Bonus SG, antara $100 dengan $300, kepada amal.

Berucap dalam perbahasan Belanjawan hari ini (28 Feb), AP GRC Sembawang Lim Wee Kiak bertanya sama ada Pemerintah boleh memudahkan orang ramai untuk mendermakan wang tunai, yang akan diterima pada hujung tahun ini.

"Saya tahu ada sekolah-sekolah yang menggalak para pelajarnya supaya mendermakan 'ang pow' semasa Tahun Baru Cina kepada dana kebajikan sekolah supaya para pelajar dari keluarga memerlukan boleh memanfaatkannya," kata Dr Lim.

"Atas semangat kasih sayang dan perkongsian yang sama, saya mengusulkan agar Pemerintah memudahkan (proses itu) dengan menyediakan pilihan mudah bagi rakyat Singapura yang ingin mendermakan ang pow Bonus SG mereka kepada badan-badan amal seperti Dana Masyarakat atau Cabaran Presiden 2018," tambah beliau.

Dr Lim turut bertanya jika Pemerintah boleh memadankan sedolar bagi setiap dolar yang disumbang untuk menggalak orang ramai menderma.

AP GRC Jalan Besar Denise Phua bersetuju dengan usulan memudahkan orang ramai menderma dan berkata langkah seumpama itu amat bermakna buat mereka yang memerlukan.

"Hongbao Bonus SG $100 bagi sebahagian orang mungkin membolehkan mereka makan malam di luar tetapi bagi sebahagian yang lain ia adalah wang untuk membeli susu tepung atau lampin pakai buang untuk bayi atau ibu bapa yang sudah tua," kata Cik Phua.

Beliau meminta agar mekanisme itu diadakan untuk memudahkan proses menderma demi amal sebelum Bonus SG diagihkan kepada para penerima.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan