Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anugerah Kejururawatan SMEF-Rufaydah dilancar bagi iktiraf peranan jururawat

Buat julung-julung kalinya, Dana Pendidikan Muslim Singapura (SMEF) akan melancarkan satu anugerah baru yang diberi nama Anugerah Kejururawatan SMEF-Rufaydah. 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Buat julung-julung kalinya, Dana Pendidikan Muslim Singapura (SMEF) akan melancarkan satu anugerah baru yang diberi nama Anugerah Kejururawatan SMEF-Rufaydah.

Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf peranan penting para jururawat yang bertugas di barisan hadapan khususnya semasa pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan medianya hari ini (27 Nov), AMP Singapura turut mendedahkan bahawa anugerah tersebut yang bernilai S$700 setiap satu akan diberikan kepada pelajar jurusan kejururawatan tahun kedua atau ketiga diploma sepenuh masa di politeknik tempatan yang meminati bidang mereka.

Anugerah tersebut bagi para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik, sifat kepimpinan yang teguh dan minat mendalam untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Dana Pendidikan Muslim Singapura (SMEF) ditubuhkan oleh sekumpulan aktivis masyarakat, yang melihat perlunya menangani kekurangan perwakilan pelajar Melayu/Islam dalam bidang undang-undang dan perubatan.

Dilancarkan pada tahun 2013, dengan AMP sebagai pentadbir dana tersebut, matlamat SMEF adalah untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan para pelajar.

Permohonan bagi Biasiswa SMEF 2020 dibuka mulai hari ini (27 Nov) sehingga 27 Disember 2020.

Para pelajar boleh membuat permohonan dalam talian di http://bit.ly/SMEF2020.

Biasiswa SMEF 2020 juga dibuka kepada pelajar Islam Singapura yang mengikuti pengajian bagi peringkat ijazah perubatan dan undang-undang di luar negara melalui Biasiswa Perubatan SMEF dan Biasiswa SMEF-Profesor Ahmad Ibrahim.

Anugerah SMEF-Leftenan Adnan pula ditawarkan kepada para pelajar diploma sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Singapura.

Setiap pemohon yang berjaya akan menerima wang tunai berjumlah S$3,000 untuk pelajar undang-undang, S$5,000 untuk pelajar perubatan dan S$700 untuk penerima Anugerah SMEF-Leftenan Adnan m.

Sejak dilancarkan pada tahun 2013, SMEF sudah membantu penerima biasiswa dan anugerah yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengajian akademik mereka.

Lebih membanggakan lagi, para penerima biasiswa dan anugerah tersebut kini menyumbang semula kepada masyarakat dalam bidang masing-masing.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan