Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Antibodi ibu mungkin mudaratkan jangkitan denggi dalam bayi

Adakah antibodi dari ibu yang sudah menerima vaksin denggi melindungi atau membahayakan bayi mereka?

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2018 05:19PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 09:08PM

SINGAPURA: Adakah antibodi dari ibu yang sudah menerima vaksin denggi melindungi atau membahayakan bayi mereka?

Para pengkaji dari Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah menemui jawapan kepada soalan ini.

Dapatan mereka menunjukkan bahawa antibodi seseorang ibu, yang membantu melindungi bayinya daripada jangkitan virus denggi, boleh juga dalam beberapa keadaan, membahayakan bayi dalam kandungan, menurut NUS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (24 Jan).

Ini kerana antibodi ibu yang disalurkan kepada bayi semasa hamil boleh meningkatkan tahap bahaya jangkitan denggi ke atas bayi atau mengganggu imun mereka.

Namun, ia berbeza dalam senario berlainan:

Bagi kes-kes di mana jenis denggi itu serupa dengan jenis vaksin, antibodi ibu akan lebih melindungi (bayi).

Namun, dalam keadaan di mana jenis denggi itu berbeza daripada jenis vaksin, antibodi ibu tidak dapat melindungi bayi dan malah jangkitan itu lebih buruk ke atas bayi.

Kajian itu juga mendapati antibodi ibu boleh menggangu vaksin bayi, di mana penghasilan antibodi dalam tubuh bayi terhalang.

Ini bertentangan dengan pandangan bahawa vaksin denggi yang mencetuskan "tindak balas sel T" yang kuat, iaitu cabang lain sistem daya ketahanan dalam tubuh bayi didapati memberikan perlindungan yang lebih baik berbanding vaksin yang hanya tertumpu kepada proses mendorong penghasilan antibodi.

Pasukan NUS mendapati bahawa suntikan vaksin bagi bayi yang dilahirkan ibu yang sudah mendapatkan vaksin denggi masih boleh mencetuskan tindak balas sel T, yang dapat melindungi mereka daripada denggi walaupun jenis jangkitan berbeza daripada vaksin.

Satu-satunya vaksin dalam pasaran Singapura sekarang, Dengvaxia, sebahagian besarnya bergantung kepada antibodi untuk melawan denggi tetapi tidak mencetuskan tindak balas sel T.

"Kami berharap dapatan kami akan lebih meyakinkan masyarakat vaksin denggi bahawa penting untuk memasukkan tindak balas sel T bagi vaksin yang dihasilkan," menurut ketua pasukan Profesor Madya Sylvie Alonso.

"Terlalu banyak usaha kini dikhususkan bagi meneliti perlindungan perantara antibodi sementara tindak balas sel T tidak diendahkan."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan