Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Angka korban virus Wuhan naik kepada 304 di China; 45 kematian baru dilaporkan

Angka korban di wilayah Hubei akibat penularan virus korona Wuhan sudah meningkat seramai 45 orang, menjadikannya 304 mangsa, setakat sehingga tengah malam Sabtu (1 Feb), lapor stesen televisyen rasmi China.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban virus Wuhan naik kepada 304 di China; 45 kematian baru dilaporkan

Seorang wanita memakai pelitup semasa membeli-belah di pasar raya, sedang virus korona baru menular di China. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Feb 2020 11:42AM Dikemas Kini : 02 Feb 2020 12:02PM

BEIJING: Angka korban di wilayah Hubei akibat penularan virus korona Wuhan sudah meningkat seramai 45 orang, menjadikannya 304 mangsa, setakat sehingga tengah malam Sabtu (1 Feb), lapor stesen televisyen rasmi China.

Lagi 1,921 kes dikesan di Hubei, di mana virus itu pertama kali dikesan, meningkatkan jumlah keseluruhan kes di wilayah itu kepada 9,074.

Di merata China pula, jumlah pesakit yang dijangkiti virus Wuhan sudah menjangkaui 14,300 orang.

Secara keseluruhannya, kebanyakan kematian dan kes jangkitan virus itu dilaporkan di Hubei.

Pegawai kanan Parti Komunis di Wuhan, bandar yang didiami 11 juta penduduk di mana virus itu pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu, pada Jumaat (31 Jan) meluahkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa tempatan kerana terlalu lembap mengambil tindakan.

Virus tersebut dipercayai muncul pada Disember 2019 dari sebuah pasar yang menjual haiwan liar di Wuhan.

Minggu lalu, pemerintah China akhirnya mengambil tindakan, dengan menyekat perjalanan keluar masuk dari Wuhan dan wilayah-wilayah di sekeliling Hubei. Selain itu, sekatan perjalanan dikuatkuasakan ke atas 1.4 bilion penduduk di merata China.

Namun, penularan virus Wuhan menular ke merata dunia sedang penduduk China melakukan perjalanan ke wilayah-wilayah dan negara lain semasa cuti Tahun Baru Cina yang bermula minggu lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam di peringkat global, namun menyatakan ia tidak menyarankan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.

Sejauh ini, penularan virus Wuhan sudah disahkan di lebih 20 negara.

Negara-negara lain terkial-kial untuk membawa pulang rakyat masing-masing dari Wuhan, dengan beratus-ratus rakyat Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Perancis dan Korea Selatan sudahpun diterbangkan pulang sejauh ini. Lebih banyak negara juga merancang untuk membawa rakyat mereka pulang melalui pengangkutan udara.

Sebuah pesawat yang membawa lebih 300 rakyat India berlepas dari Wuhan pada awal pagi Sabtu (1 Feb) menuju ke New Delhi.

Sekitar 200 rakyat Amerika yang diterbangkan pulang ke California pada Rabu (29 Jan) sudah diletakkan di bawah perintah kuarantin wajib selama 14 hari yang jarang sekali dikuatkuasakan.

Syarikat penerbangan Amerika seperti American, United dan Delta Airlines menyertai syarikat-syarikat penerbangan lain dengan membatalkan penerbangan ke China, selepas Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan.

Rusia menyatakan ia akan membawa pulang lebih 2,500 rakyatnya yang melancong ke pulau Hainan di China, yang terletak jauh dari Hubei, sehari selepas ia menyekat pintu masuk di bahagian timur negara itu.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan