Images
  • low thia khiang
    Encik Low Thia Khiang dan Cik Sylvia Lim tiba di Mahkamah Negara pada 16 Okt 2016. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Anggota WP Sylvia Lim, Low Thia Khiang tidak perlu kecualikan diri: AHTC

SINGAPURA: Anggota Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim dan Low Thia Khiang tidak perlu mengecualikan diri mereka daripada ehwal kewangan yang melibatkan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan majlis bandaran itu hari ini (30 Nov).

Keputusan tersebut dibuat semasa mesyuarat suku tahunannya baru-baru ini, di mana ia diluluskan sebagai undi rahsia.

Majlis tersebut mengundi 17-1 terhadap pengecualian tersebut.

Kedua-dua Cik Lim dan Encik Low tidak hadir di mesyuarat itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beberapa minggu selepas peguam bagi pemimpin WP itu mengemukakan notis rayuan berhubung kes penyalahgunaan dana oleh AHTC.

Satu usul parlimen yang dibentangkan untuk mengecualikan Cik Lim dan Encik Low daripada semua ehwal kewangan AHTC diluluskan awal bulan ini.

52 Anggota Parlimen menyokong usul tersebut, sembilan menolak manakala dua berkecuali.

- CNA/SU/na

Top