Images
  • patrol
    Lebih 1,000 anggota polis sukarela sudahpun dilatih di bawah skim yang dikemaskini sejak Februari lalu. 

Anggota polis sukarela bakal jalani lebih banyak latihan tangani ancaman pengganas

SINGAPURA: Para anggota polis sukarela akan menjalani lebih banyak latihan untuk menangani ancaman pengganasan yang kian meningkat.

Dipanggil "Rondaan Rakyat" atau "Citizens on Patrol", mereka akan menjalani program latihan yang disemak mengenai pencegahan jenayah, pengetahuan tentang SGSecure dan persediaan kecemasan masyarakat.

Pada masa ini, ada lebih 700 kumpulan sukarelawan itu di merata negara.

Lebih 1,000 anggotanya sudahpun dilatih di bawah skim yang dikemaskini itu sejak Februari lalu. 

Sekitar 20 peratus para sukarelawan Rondaan Rakyat juga berusia di bawah 40 tahun.

Program latihan yang dikemaskini itu bertujuan menangani ancaman pengganasan yang kian meningkat dan perubahan jenis jenayah.

DIBERI LENCANA BAGI KEMAHIRAN YANG DITIMBA

Bagi setiap kemahiran yang ditimba, para sukarelawan akan diberi lencana untuk dipakai di baju mereka.

Para sukarelawan juga kini memakai baju luar atau 'vest' apabila menjalankan tugas.

Selain itu, aplikasi Police@SG juga akan dikemaskini, yang mana para sukarelawan boleh menggunakan aplikasi tersebut antaranya untuk menjejak rondaan yang dilakukan dengan lebih mudah.

Ia masih dalam fasa prototaip dan dijangka siap digunakan Julai ini.

Sebuah logo juga dilancarkan sebagai sebahagian daripada ulang tahun Rondaan Rakyat yang ke-20.

Hampir 60 sukarelawan diberi penghargaan kerana sudah berkhidmat selama lebih 10 tahun. 

- CNA/NF/im

Top