Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota NSF dikehendaki SAF larikan diri dari polis di Woodlands

Seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang dikehendaki oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melarikan diri dari pihak polis pada Ahad pagi (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota NSF dikehendaki SAF larikan diri dari polis di Woodlands

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 02:54PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 02:56PM

SINGAPURA: Seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang dikehendaki oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melarikan diri dari pihak polis pada Ahad pagi (20 Jan).

Pasukan Polis Singapura menyatakan ia melakukan pemeriksaan terhadap dua lelaki di Blok 365 Woodlands Avenue 1 pada Ahad pada sekitar 6.10 pagi.

Semasa pemeriksaan itu, salah seorang daripada dua lelaki itu yang mempunyai kesan luka di bahagian paha kirinya bergegas melarikan diri dari tempat itu, menurut polis.

Siasatan awal oleh polis mendapati bahawa lelaki 22 tahun itu ialah seorang NSF yang dikehendaki oleh SAF kerana tidak melaporkan diri tanpa mendapat cuti rasmi.

Lelaki itu masih belum dapat dikesan.

Satu isyarat dikeluarkan kepada pemandu-pemandu teksi pada Ahad (20 Jan) untuk mengesan anggota NSF yang melarikan diri itu. Pemberitahuan itu menggambarkan lelaki tersebut sebagai seorang lelaki berbangsa India, setinggi 1.75 meter dan memakai baju hitam dengan seluar pendek dan selipar.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan