Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota NS Negara dapat diskaun di 300 gerai penjaja, kedai mulai Julai

Anggota Perkhidmatan Negara akan dapat menikmati diskaun di 300 gerai penjaja makanan dan kedai runcit mulai bulan depan, demikian diumumkan Persatuan Rakyat (PA) hari ini (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota NS Negara dapat diskaun di 300 gerai penjaja, kedai mulai Julai

Para anggota kerahan Angkatan Bersenjata Singapura. (Gambar: Facebook/Army News)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 04:00PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 04:02PM

SINGAPURA: Anggota Perkhidmatan Negara akan dapat menikmati diskaun di 300 gerai penjaja makanan dan kedai runcit mulai bulan depan, demikian diumumkan Persatuan Rakyat (PA) hari ini (28 Jun).

Ini merupakan tambahan daripada 160 penjaja dan peruncit yang menawarkan diskaun tahun lalu.

Gerai-gerai penjaja dan kedai yang menyertai program tersebut terletak di kawasan seperti Yishun, Ang Mo Kio, Woodlands, Redhill, Alexandra, Boon Lay, Tampines dan Marine Parade.

Senarai kedai dan gerai itu boleh didapati di laman PA.

"Anggota Perkhidmatan Negara sudah banyak berkorban dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan menjaga keselamatan Singapura. Oleh itu, kami ingin menunjukkan penghargaan dengan sekali lagi bekerjasama dengan PA untuk menawarkan beberapa diskaun sebagai cara mengucapkan 'terima kasih' atas kerja keras mereka," kata Encik Low Hock Kee, pengerusi Persatuan Penjaja Boon Lay.

Para anggota Perkhidmatan Negara juga akan dapat menikmati diskaun 10 peratus apabila mereka mendaftar untuk kursus dan kemudahan di kelab-kelab masyarakat antara 1 Julai hingga 31 Julai.

Lapan gimnasium yang dikendalikan oleh PA juga akan menawarkan diskaun untuk menggunakan kemudahan atau menjadi anggota. Kemudahan tersebut terletak di kelab-kelab masyarakat Ulu Pandan, Serangoon, Potong Pasir, Henderson, Queenstown, Tampines West, Ayer Rajah dan Dover.

Untuk menikmati diskaun-diskaun itu, mereka harus menunjukkan kad pengenalan 11B atau mengenakan pakaian seragam.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan