Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anda boleh buat permohonan tiket NDP mulai Rabu 23 Mei

Permohonan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini yang bakal diadakan di The Float@Marina Bay akan dibuka Rabu ini (23 Mei) hingga 3 Jun, menurut jawatankuasa penganjurnya hari ini (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Anda boleh buat permohonan tiket NDP mulai Rabu 23 Mei

(Gambar fail: Howard Law)

Diterbitkan : 22 May 2018 05:43PM Dikemas Kini : 22 May 2018 05:45PM

SINGAPURA: Permohonan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini yang bakal diadakan di The Float@Marina Bay akan dibuka Rabu ini (23 Mei) hingga 3 Jun, menurut jawatankuasa penganjurnya hari ini (22 Mei).

Rakyat Singapura dan penduduk tetap boleh membuat permohonan bagi tiket untuk dua pertunjukan previu pada 28 Julai dan 4 Ogos ataupun NDP pada 9 Ogos.

Mereka boleh memilih untuk membuat permohonan bagi dua, empat atau enam tiket, meskipun para pemohon harus maklum bahawa dengan membuat pemohonan tiket yang lebih sedikit, peluang mendapatkannya adalah lebih lebih tinggi, demikian menurut kenyataan itu.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan antara 25 Jun hingga 2 Julai menerusi nombor telefon yang diberikan dalam permohonan tersebut. Mereka boleh mendapatkan tiket mereka dari 6 hingga 8 Julai dan 13 hingga 15 Julai, antara 10.00 pagi hingga 7.00 malam di Galeri Nasional Singapura.

Mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh berbuat demikian menerusi SMS, online atau di kiosk SAM dan AXS.

Pemohon yang ingin melakukan menerusi SMS boleh membuat kiriman mesej kepada 71715 dengan format berikut: <nombor NRIC>JARAK<jumlah tiket>JARAK<NDP/P1/P2>JARAK<nombor telefon>

Setiap individu dihadkan membuat satu permohonan saja, tidak kira cara permohonan dilakukan. Tiket akan diberikan menerusi undian elektronik. Keputusan undian itu adalah muktamad dan tiada rayuan dibenarkan, menurut jawatankuasa itu.

Satu tiket hanya untuk seorang penonton saja. Oleh itu, kanak-kanak - temasuk anak kecil - mesti memegang tiket yang sah untuk menyaksikan perbarisan itu.

Rakyat Singapura dan para pemohon yang tidak diberi tiket bagi NDP tahun lalu akan diberi keutamaan, tambah jawatankuasa tersebut.  

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan