Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ancaman siber di S'pura merosot; penipuan online pula terus meningkat

Meskipun jumlah ancaman siber di Singapura merosot tahun lalu berbanding 2017, kes-kes jenayah siber seperti penipuan online terus meningkat, membentuk hampir seperlima daripada kesemua jenayah yang dilakukan di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ancaman siber di S'pura merosot; penipuan online pula terus meningkat

Gambar hiasan (Gambar: Duy Hoang/Unsplash)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 11:19AM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:22AM

SINGAPURA: Meskipun jumlah ancaman siber di Singapura merosot tahun lalu berbanding 2017, kes-kes jenayah siber seperti penipuan online terus meningkat, membentuk hampir seperlima daripada kesemua jenayah yang dilakukan di negara ini.

Laporan Tahunan terkini yang dikeluarkan pada Selasa (18 Jun) oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura menunjukkan terdapat sekitar 2,125 penipuan e-dagang pada tahun 2018, di mana para mangsa kehilangan sejumlah kira-kira S$ 1.9 juta.

Ia menarik perhatian bahawa 70 peratus penipuan sedemikian berlaku menerusi wadah-wadah e-dagang Carousell dan melibatkan produk elektronik selain tiket ke acara serta daya tarikan.

Perniagaan di Singapura yang menjadi mangsa penipuan menerusi penyamaran emel mengalami kerugian hampir S$58 juta pada 2018, naik sekitar 31 peratus berbanding 2017.

Bagaimanapun, ancaman-ancaman siber yang lazim berlaku - seperti kerosakan laman web, pemancingan data dan perisian tebusan - turun tahun lalu walaupun terdapat beberapa serangan siber besar-besaran di Singapura dalam tempoh yang sama.

Ia termasuk serangan siber SingHealth di mana maklumat peribadi 1.5 juta pesakit dan rekod perubatan 160,000 pesakit - termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong - dicuri.

Perangkaan terkini itu menandakan kemerosotan ketara daripada statistik 2017, yang menunjukkan jumlah bagi kesemua bentuk ancaman siber naik dengan serangan pemancingan data menduduki tangga teratas senarai dan meningkat hampir 10 kali ganda.

JENAYAH SIBER TERUS NAIK

Berdasarkan laporan terkini CSA, kes-kes jenayah siber terus naik dalam tempoh tiga tahun lalu - dari peningkatan 15.6 peratus pada 2016 kepada 16.6 peratus pada 2017 dan kemudian 18.6 peratus tahun lalu.

Dengan sebanyak 6,179 kes dikesan tahun lalu, perangkaan daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) menunjukkan jenayah siber membentuk 19 peratus keseluruhan jenayah di Singapura.

KESELAMATAN SIBER DALAM BEBERAPA TAHUN SETERUSNYA

Dalam laporannya, CSA mengenal pasti enam trend yang diramal bakal berlaku pada masa akan datang, sedang ancaman-ancaman siber dijangka lebih "tertumpu, rumit dan mengelirukan".

Keenam-enam trend itu adalah: Pencerobohan data lebih kerap, lebih ancaman terhadap rangkaian bekalan sejagat, lebih banyak serangan gangguan ke atas pengkomputeran awan, risiko lebih tinggi bagi bangunan-bangunan bijak, Kecerdasan buatan (AI) yang berlapis dan data biometrik menjadi lebih bernilai kepada jenayah siber.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan