Images
  • janil
    Gambar fail Dr Janil Puthucheary.

Ancaman pengganasan terhadap S'pura kekal tinggi

SINGAPURA: Ancaman pengganasan terhadap Singapura masih tinggi meskipun tiada maklumat risik yang khusus tentang sebarang serangan yang dirancangkan ke atas negara ini.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary juga mengingatkan bahawa kemungkinan serangan pengganas ke atas kemudahan pengangkutan awam tempatan, tidak boleh ditolak.

Beliau menambah, pihak berkuasa sudah berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan mengukuhkan persiapan menghadapi kecemasan dalam kalangan masyarakat pengangkutan awam.

Dr Janil selanjutnya berkata, LTA sudah bekerjasama dengan MHA untuk menganjurkan seminar-seminar bagi meningkatkan kesedaran keselamatan setiap tiga bulan dalam kalangan kakitangan pengangkutan awam.

Program-program relevan lain dan latihan juga akan terus diadakan untuk membolehkan masyarakat pengangkutan awam bertindak, membantu diri sendiri dan orang lain, semasa berlakunya kejadian mengancam keselamatan.  

- CNA/AA/aq

Top