Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Ancaman bom' penerbangan SIA dari Mumbai ke S'pura disiasat

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sedang membantu pihak berkuasa dengan siasatan berikutan satu ancaman bom melibatkan salah satu penerbangannya pada Selasa (26 Mac). Perkara itu disahkan oleh SIA.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2019 12:05PM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 11:49PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sedang membantu pihak berkuasa dengan siasatan berikutan satu ancaman bom melibatkan salah satu penerbangannya pada Selasa (26 Mac). Perkara itu disahkan oleh SIA.

Pesawat SQ423 dari Mumbai ke Singapura tiba di Lapangan Terbang Changi pada pukul 7.45 pagi.

"Singapore Airlines mengesahkan terdapat ancaman bom melibatkan penerbangan SQ423 dari Mumbai ke Singapura pada 26 Mac 2019," menurut SIA sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Pesawat itu tiba di Singapura pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan. Kami sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatannya dan buat masa ini namun tidak dapat memberikan butiran lanjut," menurutnya lagi.

Pesawat Boeing 777-300ER berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji di Mumbai pada pukul 11.36 malam waktu tempatan pada Isnin (25 Mac), menurut laman FlightAware.

Pesawat itu tiba di Singapura 31 minit lebih lewat daripada yang dijadualkan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan