Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anak tenggiling yang diselamatkan WRS dilepaskan kembali ke hutan

Seekor anak tenggiling dibebaskan ke dalam hutan selepas ia ditemui Wildlife Reserves Singapore (WRS) dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Sep 2018 10:10PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 10:12PM

SINGAPURA: Seekor anak tenggiling dibebaskan ke dalam hutan selepas ia ditemui Wildlife Reserves Singapore (WRS) dua tahun lalu.

Ia dinamakan Sandshrew, bersempena watak Pokemon dan dibawa ke sebuah hutan yang tidak didedahkan hari ini (18 Sep). Ia bakal dikurung dalam kandang selama 10 hari sebelum pintu dibuka untuk membiarkannya keluar bebas.

Haiwan ini banyak diperdagangkan di dunia meskipun ia amat terancam di rantau ini. Bagi membantu usaha tersebut, sebuah alat pengesan radio dipasang pada Sandshrew untuk memahami pergerakannya di dalam hutan.

Sebuah pelan tindakan juga dilancarkan hari ini yang melakarkan strategi pemuliharaan untuk tenggiling Sunda di Singapura selama 50 tahun ke hadapan.

Pelan tindakan itu termasuk mengumpulkan maklumat tentang spesis-spesis terancam dan mewujudkan dasar perancangan bandar yang prihatin terhadap hidupan liar.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan