Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anak syarikat SMRT akan edar motosikal elektrik di S'pura, Asia Pasifik

Syarikat pengeluar motosikal elektrik EuroSports Technologies (EST) menjalin kerjasama dengan Strides Transportation, sebuah anak syarikat pengendali pengangkutan awam SMRT, untuk menghasilkan, memasarkan dan membekalkan motosikal elektrik bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak syarikat SMRT akan edar motosikal elektrik di S'pura, Asia Pasifik

(Gambar: SMRT)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 02:00PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 02:03PM

SINGAPURA: Syarikat pengeluar motosikal elektrik EuroSports Technologies (EST) menjalin kerjasama dengan Strides Transportation, sebuah anak syarikat pengendali pengangkutan awam SMRT, untuk menghasilkan, memasarkan dan membekalkan motosikal elektrik bijak.

Kedua-duanya memeterai perjanjian pada Isnin (19 Apr) yang menyaksikan Strides berfungsi sebagai pengedar tunggal motosikal elektrik bijak di Singapura dan rantau Asia Pasifik.

Dalam satu kenyataan media, Strides yang menyediakan khidmat limosin dan bas premium di Singapura dan Myanmar, menyatakan bahawa ia "komited kepada perniagaan membangunkan khidmat mobiliti bandar yang mampan".

EuroSports Technologies - yang merupakan anak syarikat pengedar kereta mewah EuroSports Global - juga merupakan pengasas jenama motosikal elektrik komersil Scorpio Electric, yang merancang untuk mula menghasilkan kenderaan pacuan dua roda itu pada lewat tahun ini.

Dalam kenyataannya, kedua-dua syarikat itu menyatakan bahawa kerjasama itu akan memanfaatkan kepakaran EuroSports Technologies dalam reka bentuk dan pengeluaran motosikal elektrik bijak premium dan untuk membangunkan dan membekalkan sebuah "ekosistem motosikal elektrik bijak".

Ekosistem itu termasuk pembangunan motosikal elektrk dua roda dan tigar oda yang dilengkapi dengan "ciri-ciri tunggangan bijak" serta sistem sokongan seperti stesen pengecas.

Ketua pegawai eksekutif dan pengerusi eksekutif EuroSports Global Melvin Goh menyifatkan kerjasama itu sebagai "detik pencapaian bersejarah".

"Sebagai pereka Scorpio Electric, iaitu motosikal elektrik bijak berkuasa tinggi yang pertama berpangkalan di Singapura, kami bangga mengibarkan bendera negara di persada antarabangsa bersama Strides," kata Encik Goh.

"Kerjasama ini akan memperluaskan skop jangkauan kami untuk memanfaatkan potensi pasaran rantau (kenderaan elektrik) yang belum dipenuhi," katanya lagi.

Presiden SMRT Road Holdings Tan Kian Heong berkata kerjasama itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk menubuhkan perniagaan dalam ekosistem kenderaan elektrik di Singapura dan rantau ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan