Images
  • kayak
    (Gambar: Louis Smile/Facebook)

Anak rakyat S'pura yang hilang ketika berkayak sahkan kematian ibunya di media sosial

SINGAPURA: Anak lelaki kepada rakyat Singapura Josephine Puah Geok Tin, 57 tahun yang dilaporkan hilang ketika berkayak, mengesahkan kematian ibunya di media sosial.

Dalam satu catatan di Facebook pada Khamis (15 Ogos), Encik Louis Pang, 23 tahun, menulis: "Ibu, kamu telah menjalani kehidupan yang amat baik dan indah. Kamu melakukan apa yang kamu suka lakukan hingga ke akhir hayat. Selamat bersemadi Ibu. Saya sayang ibu."

Mayat Cik Puah dengan memakai jaket keselematan ditemui di perairan dekat Terrengganu pada Rabu oleh seorang nelayan.

Beliau dilaporkan hilang pada 8 Ogos setelah bertolak dari jeti Penyabong berdekatan Mersing, Johor, bersama Encik Matthew Tan Eng Soon, 62 tahun. Cik Puah dan Encik Tan berada di sana bersama sekumpulan 13 raykat Singapura lain yang turut melakukan aktiviti berkayak. Mereka bagaimanapun dilaporkan terpisah daripada kumpulan itu,

Sebuah bot kayak berwarna hijau dan barangan peribadi Cik Puah dan Encik Tan dijumpai pada Selasa oleh seorang nelayan di Kuantan, sekitar 160km dari utara tempat pasangan itu bertolak.

Usaha mencari Encik Tan masih lagi dijalankan. 

- TODAY/NA/na

Top