Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amuk di jalan raya, profesor NTU dipenjara, didenda dan dilarang memandu

Seorang Profesor di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang melanggar kereta seorang pemandu lain sebelum turun dari kenderaannya dan menghentak bonet kereta mangsa, dijatuhi hukuman penjara seminggu serta didenda S$2,000 pada Khamis (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Amuk di jalan raya, profesor NTU dipenjara, didenda dan dilarang memandu

Profesor NTU, Wang Jianliang, dijel seminggu serta didenda S$2,000 kerana gunakan kekerasan jenayah dan bertindak terburu-buru di PIE. (Gambar: NTU)

Diterbitkan : 23 May 2019 10:17PM Dikemas Kini : 23 May 2019 10:20PM

SINGAPURA: Seorang Profesor di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang melanggar kereta seorang pemandu lain sebelum turun dari kenderaannya dan menghentak bonet kereta mangsa, dijatuhi hukuman penjara seminggu serta didenda S$2,000 pada Khamis (23 Mei).

Wang Jianliang, 57 tahun, juga dilarang memandu enam bulan berkuat kuasa hari pertama setelah beliau dibebaskan dari penjara nanti.

Profesor Madya di Sekolah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik NTU itu bercadang untuk membuat rayuan dan sudah memohon untuk menunda perintah mahkamah.

Wang mengaku bersalah ke atas satu tuduhan bertindak terburu-buru sehingga membahayakan keselamatan mangsa iaitu Samuel Lim Yong Soon, 60 tahun, dan satu lagi tuduhan perbuatan nakal menghentak kereta Encik Lim.

Tuduhan ketiga yakni menggunakan kekerasan jenayah ke atas Encik Lim dengan menyambar lengan mangsa sambil menariknya, juga dipertimbangkan dalam hukuman.

Mahkamah diberitahu kedua-dua lelaki berkenaan sedang memandu di laluan yang bercantum, memasuki Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan menghala ke Lapangan Terbang Changi pada malam hari 16 Mac 2017.

Pendakwa raya meminta supaya Wang dijatuhi hukuman penjara seminggu, enam bulan larangan daripada memandu serta denda yang tinggi sambil mengatakan bahawa Wang "bertindak secara sengaja dan berterusan" semasa waktu sibuk di PIE.

Mahkamah turut diberitahu Wang pernah disabit kesalahan pada April 2007 kerana meludah orang lain. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan