Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AMTAS jelaskan pemansuhan levi umrah berulang 2,000 riyal dan levi baru

Para jemaah umrah berulang kini boleh berjimat sekitar S$730 (2,000 Riyal Saudi) setelah pihak berkuasa Arab Saudi memansuhkan levi tersebut berkuat kuasa 5 Muharam (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para jemaah umrah berulang kini boleh berjimat sekitar S$730 (2,000 Riyal Saudi) setelah pihak berkuasa Arab Saudi memansuhkan levi tersebut berkuat kuasa 5 Muharam (4 Sep).

Sebaliknya, menurut Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS) hari ini (13 Sep), rakyat Singapura yang ingin menunaikan ibadah umrah mulai tahun Hijrah 1441H, tidak kira kali pertama ataupun bukan, akan dikenakan levi sama rata sebanyak S$200 (SR500).

Presiden AMTAS Ustaz Tengku Mohd Fouzy menambah, jumlah tersebut termasuk yuran visa, yuran pengeluaran visa, yuran khidmat ejen visa dan cukai.

"Jemaah yang sudah berulang kali pergi umrah, mereka tidak perlu membayar lagi SR2,000 seperti yang telah dilakukan dahulu. Namun kami juga mendapat berita yang baru mengenai pihak pemerintah Arab Saudi mengenakan yuran pembayaran untuk visa setiap mereka yang ingin mendapatkan visa umrah untuk menunaikan umrah pada tahun ini dan mungkin tahun-tahun akan datang juga kalau tidak ada perubahan," kata Ustaz TM Fouzy.

YURAN BAGI KHIDMAT HOTEL & PENGANGKUTAN YANG DITETAPKAN ARAB SAUDI

Selain daripada itu, Ustaz TM Fouzy juga mendedahkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengambil langkah mewajibkan ejen-ejen haji dan umrah untuk mendapatkan hotel serta pengangkutan bagi para jemaah menerusi senarai yang telah ditetapkan di laman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Khidmat tersebut bermakna, terdapat yuran tambahan sekitar S$100 yang perlu ditampung para jemaah. Jumlah itu juga bergantung kepada jenis hotel dan pengangkutan yang dipilih GSA.

"Kalau kita nak mengambil kira dengan tambahan untuk membayar kepada urusan penempahan hotel dan penempahan pengangkutan, kemungkinan akan berlaku dengan visa semua sekali dalam S$300. Tapi itu terserah kepada pihak ejen, bagaimana mereka buat pilihan hotelnya dan juga pengangkutannya," Ustaz TM Fouzy memberitahu BERITAmediacorp.

Sebelum ini, pada tahun Hijrah 1439H, para jemaah yang menunaikan ibadah umrah berulang dalam tempoh dua tahun dikehendaki membayar levi sebanyak S$730 bagi mendapatkan visa.

Manakala, tiada sebarang levi atau yuran visa dikenakan ke atas para jemaah kali pertama.

Namun dengan perubahan-perubahan terbaru itu, semua jemaah kini perlu membayar levi sekitar S$300, iaitu S$200 bagi visa dan S$100 bagi pemilihan hotel dan pengangkutan.

"Pakej umrah rata-rata semuanya sudah pasti akan meningkat sekurang-kurangnya S$200. Untuk mereka yang mungkin tidak jelas mengenai perubahan yang baru ini mereka boleh hubungi ejen-ejen mereka, GSA ataupun berhubung langsung dengan pihak AMTAS untuk mendapatkan penjelasan," kata Ustaz TM Fouzy. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan