Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amrin Amin: Serangan masjid di Christchuch kejam; tidak berperikemanusiaan sama sekali

Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Anggaran Waktu Membaca:
Amrin Amin: Serangan masjid di Christchuch kejam; tidak berperikemanusiaan sama sekali

Gambar fail Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin.

SINGAPURA: Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Menulis di laman Facebooknya hari ini (15 Mac), Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin menyifatkan serangan yang dilancarkan ke atas dua masjid semasa waktu solat Jumaat di Christchurch, New Zealand sebagai 'kejam dan tidak berperikemanusiaan'.

"Hati saya sungguh terkesan memikirkan tentang wujudnya anasir-anasir seperti mereka yang tergamak melakukan perbuatan yang kejam dan ganas seperti ini," kongsi Encik Amrin dalam catatan Facebooknya selepas solat Jumaat.

"Saya beriktikaf di sini, dalam sebuah masjid di Singapura, jauh dari keganasan yang berlaku - tetapi ingatan dan doa saya ditujukan kepada mangsa dan keluarga mereka yang terpaksa mengharungi detik hitam ini," tambah beliau.

Sejauh ini, 40 orang dilaporkan terbunuh dan lagi 20 cedera parah menyusuli insiden yang disifatkan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai "serangan pengganas".

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush, pada sidang media berkata, empat individu sudah ditahan setakat ini termasuk seorang wanita.

Sejumlah bahan letupan buatan sendiri juga berjaya dirampas.

Dalam catatan Facebook beliau, Encik Amrin turut mengingatkan orang ramai bahawa insiden sedemikian boleh berlaku di mana-mana saja.

Kata beliau: "Sifat belas kasihan dan simpati seolah-olah semakin pudar. Saya berdoa agar rakan-rakan di New Zealand diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharunginya dan begitu juga untuk kita semua (di Singapura) - kerana ia boleh berlaku di mana saja!" 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan