Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amrin Amin: Dadah itu haram bukan satu slogan tetapi sesuatu yang harus dihayati bersama

Apakah risiko terhadap kanak-kanak jika ibu bapa terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Apakah risiko terhadap kanak-kanak jika ibu bapa terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

Apakah langkah selanjutnya jika sesebuah keluarga terlibat dalam perkara ini?

Itulah antara soalan yang dibincangkan dalam forum "Keluarga Musnah Kerana Dadah", anjuran Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) di Singapore Ekspo hari ini (25 Nov) sempena pameran Halal International 2017.

RKM merupakan badan penerima dana pameran tersebut.

Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab anda untuk melindungi anak daripada sebarang masalah.

Selama sejam, para panel forum membincangkan masalah ketagihan dan penggunaan najis dadah, serta akibat pengambilannya yang memusnahkan keluarga.

Meskipun ia sesuatu yang berat dan sukar ditangani, para peserta berkongsi mengenai jenis sokongan yang boleh didapatkan pihak keluarga.

Salah seorang ahli panel forum, Dr Sharifah Mariam Aljunied, menekankan untuk membantu anak yang terjerumus dalam dadah, ibu bapa tidak harus menyembunyikan masalah sedemikian.

"Apa saja masalah, pendekatan awal amat penting. Jadi perlu satu tindakan yang tegas dan yang tepat. Sekiranya ada ibu bapa yang merasakan atau mengesyaki bahawa anak mereka sudah mula berjinak-jinak dengan dadah, kita perlu cantas," kata Dr Sharifah.

DADAH ITU HARAM BUKAN SEKADAR SLOGAN

Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Encik Amrin Amin yang juga turun padang mengalu-alukan wadah interaktif dan santai dalam membincangkan dan menyebar mesej tentang bahaya dadah kepada masyarakat.

"Ini bukan hanya satu slogan. Dadah itu haram bukan satu slogan tetapi sesuatu yang harus kita hayati bersama. Harus kita mendidik, harus kita menyebarkan mesej ini kepada anak kita, keluarga kita, kepada kawan-kawan kita. Itulah penting dan ini adalah satu laungan yang harus kita sahut bersama," kata Encik Amrin.

Encik Amrin juga membantu mengedarkan risalah dan pelekat kempen 'Dadah itu Haram' kepada para pengunjung dan pegerai selepas acara itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan