Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AMP gesa rakyat terus berdaya tahan, berbaik budi dalam hadapi krisis virus korona baru

Rakyat Singapura harus kekal berdaya tahan dan berbaik budi di tengah-tengah krisis virus korona Baru (2019-nCoV) yang melanda dunia sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
AMP gesa rakyat terus berdaya tahan, berbaik budi dalam hadapi krisis virus korona baru

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Rakyat Singapura harus kekal berdaya tahan dan berbaik budi di tengah-tengah krisis virus korona Baru (2019-nCoV) yang melanda dunia sejagat.

Ini menyusuli beberapa insiden di mana komen-komen berbaur xenofobia dibuat di media sosial dan ruang online berhubung virus tersebut.

Malah, sedang pihak berkuasa bekerjasama dalam membendung penularan virus itu, adalah penting bagi rakyat Singapura bersatu padu dalam menghadapi virus tersebut.

Demikian menurut Lembaga Pengarah AMP dalam kenyataan medianya hari ini (4 Feb).

"Kita tidak harus menyalahkan mahupun membiarkan xenofobia bertapak di sini. Kita sudah lihat kesan buruk yang dicetuskan xenofobia di negara-negara lain dan kita tidak harus membiarkannya berlaku di Singapura," menurut kenyataan AMP itu.

GALAK BAIK BUDI KEPADA PEMBERI KHIDMAT

Sehubungan itu, AMP juga menggesa rakyat Singapura supaya berbaik budi semasa krisis tersebut.

Ini terutama sekali dengan adanya kes di mana penolong kedai dimarahi pelanggan yang tidak dapat membeli pelitup dan cecair nyah kuman atau 'sanitiser' sebelum ia kehabisan stok.

Lantaran itu, masanya adalah sesuai untuk sama-sama mengingatkan satu sama lain, menurutnya, untuk berbaik hati dan bersifat ihsan, terutama sekali kepada mereka yang memberi khidmat semasa krisis ini bagi memenuhi keperluan kita.

Dalam pada itu, AMP juga merakamkan penghargaannya kepada para doktor, jururawat, pakar teknologi perubatan, kakitangan jagaan kesihatan, responder pertama, pegawai penguatkuasaan dan "wira-wira" lain yang bekerja keras membantu Singapura bangkit lebih kukuh daripada krisis ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan