Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AMP agih 1,200 nasi ambeng, nasi ayam penyet kepada penerima bantuan sempena ulang tahun ke-30

Sempena ulang tahunnya yang ke-30, AMP mengagihkan 1,200 hidangan nasi ambeng dan nasi ayam penyet kepada para penerima bantuannya dan juga golongan penerima bantuan daripada tiga pusat perlindungan krisis.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sempena ulang tahunnya yang ke-30, AMP mengagihkan 1,200 hidangan nasi ambeng dan nasi ayam penyet kepada para penerima bantuannya dan juga golongan penerima bantuan daripada tiga pusat perlindungan krisis.

Demikian menurut AMP dalam kenyataan medianya pada Khamis (21 Okt).

Agihan makanan itu dibuat menerusi kempen 'Donate Your Dinner' bagi menggantikan majlis jamuan malam yang tidak dapat diadakan tahun ini ekoran garis panduan sedia ada COVID-19.

Dalam kalangan 1,200 penerima itu, seramai 123 adalah daripada pusat-pusat perlindungan krisis iaitu Casa Raudha Ltd, New Hope Community Services dan Star Shelter.

Baki penerima lain adalah penerima bantuan program-program AMP termasuk Skim Keluarga Angkat & Skim Belia, Pusat Nasihat Hutang (DAC), para penerima bantuan yang dibantu menerusi Dana Siap Ke Sekolah AMP serta program-program belia dan program-program lain.

(Gambar: AMP)

(Gambar: AMP)

Menurut AMP, kempen 'Donate Your Dinner' bertujuan untuk menggalak orang ramai supaya sama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di samping menyebarkan semangat muhibah.

Malah, lebih manis lagi, hidangan agihan itu disediakan oleh dua lulusan Program Perniagaan Mikro AMP.

Hidangan nasi ambeng disediakan oleh Cik Noorazlin Azman yang mengendalikan gerai Daun Limau Cuisine di Pusat Penjaja Dunman manakala pemilik Nur Indah Kitchen di Pusat Penjaja Bedok, Hajjah Roziah Adon, menyediakan hidangan nasi ayam penyet.

"AMP dibentuk 30 tahun lalu oleh sekumpulan individu yang prihatin terhadap kemaslahatan masyarakat dan mahu menyuntik perubahan positif.

"Jadi mereka bersatu, dan menyeru seluruh masyarakat supaya tampil dan mencari cara kreatif bagi mengatasi isu-isu yang dibelenggu masyarakat.

"Menerusi semangat inilah kita dapat menggalak setiap orang dalam masyarakat supaya tampil dan menyumbang semula, sama ada melalui kempen ini atau melalui cara lain.

"Kami adalah sebahagian daripada masyarakat yang sama dan tiada cabaran yang tidak dapat diatasi jika semua orang tampil untuk memberi sumbangan dalam apa jua cara dan bentuk bantuan yang ingin dihulurkan," kata Pengarah Eksekutif AMP Mohksin Rashid.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan