Images
  • mclub masagos
    Encik Masagos Zulkifli di Majlis Jamuan Teh Graduan Kelab Mendaki (Gambar: BERITAmediacorp)

Ambil berat, amal sikap beretika dan sumbang semula kepada masyarakat: nasihat Masagos kepada graduan Melayu/Islam

SINGAPURA: Mengambil berat, mengamalkan sikap beretika dan menyumbang semula kepada masyarakat.

Ketiga-tiga nilai ini amat penting dan menjadi tunjang kejayaan masyarakat.

Nilai-nilai itu ditekankan oleh Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, di Majlis Jamuan Teh Graduan Kelab Mendaki (MClub) pada Sabtu (18 Ogos).

Semasa satu sesi perbincangan panel, Encik Masagos turut menyentuh tentang pelbagai gangguan yang boleh dijangkakan dalam ekonomi masa hadapan.

Beliau yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, turut menggesa para graduan yang hadir supaya menjadi pencetus perubahan, atau sekurang-kurangnya membuat persediaan bagi menghadapi sebarang gangguan ekonomi yang bakal melanda.

Menurut Encik Masagos lagi, gangguan itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tidak kira dalam apa sahaja bidang, termasuk kerjaya dan jawatan profesional seperti peguam dan juga doktor.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sesi ini, selain meraikan pencapaian para graduan Melayu/Islam tempatan, turut mengajak mereka supaya memikirkan semula persepsi terhadap landskap pekerjaan dalam abad ke-21.

Satu rangkaian sokongan kerjaya yang dimulakan masyarakat juga diperkenalkan, bertujuan menghubungkan para graduan dengan golongan karyawan serta pelbagai inisiatif masyarakat yang sedia ada.  

- BERITAmediacorp/NT/tq

Top