Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amazon lancar projek tenaga boleh diperbaharui di Singapura pada 2022

Amazon akan melancarkan projek tenaga yang boleh diperbaharui pertamanya di Singapura pada tahun 2022. Langkah itu dipercayai akan merintis jalan bagi perniagaan lain beralih ke kuasa lebih bersih.

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon lancar projek tenaga boleh diperbaharui di Singapura pada 2022

Gambar hiasan panel kuasa suria.

Diterbitkan : 15 Mar 2021 11:25PM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 11:28PM

SINGAPURA: Amazon akan melancarkan projek tenaga yang boleh diperbaharui pertamanya di Singapura pada tahun 2022. Langkah itu dipercayai akan merintis jalan bagi perniagaan lain beralih ke kuasa lebih bersih.

Syarikat raksasa e-dagang itu menandatangani perjanjian dengan penyedia tenaga tempatan Sunseap, yang akan memasang lebih 100,000 panel suria di merata Singapura.

Semua tenaga yang boleh diperbaharui yang dihasilkan akan dibekalkan ke pejabat dan pusat data Amazon, di Singapura.

Bekalan sebanyak 62 megawatt itu, menjadikan projek tersebut yang terbesar di sini.

Tidak seperti panel suria biasa yang dipasang mati, kemudahan itu melibatkan sistem mudah alih digunakan di sekitar 40 hektar tanah kosong sementara. Ini menjadikannya lebih mudah untuk ditempatkan semula ke tempat lain sekiranya perlu.

Kemudahan itu diharapkan dapat menghasilkan 80,000 jam megawatt tenaga boleh diperbaharui setiap tahun, iaitu cukup untuk membekalkan tenaga kepada lebih 10,000 rumah di Singapura.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Sunseap menyatakan ia akan meneroka kerjasama serupa dengan syarikat lain untuk menggalak lebih banyak syarikat menggunakan tenaga bersih.

Pembekal tenawarkan tanah itu oleh JTC tahun lalu di bawah Fasa 3 tender
untuk menjadikan kawasan perusahaan lebih mesra alam. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan