Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan pada 8 Ogos

Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada Ahad (8 Ogos) bersama dengan beberapa menteri lain yang akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa-bahasa rasmi yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan pada 8 Ogos

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 05:52PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 06:04PM

SINGAPURA: Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada Ahad (8 Ogos) bersama dengan beberapa menteri lain yang akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa-bahasa rasmi yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan menyampaikan amanat itu dalam bahasa Mandarin sementara Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli bakal berucap dalam bahasa Melayu. Menteri Pengangkutan S Iswaran akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Tamil.

Siaran pertama dalam bahasa Inggeris akan disiarkan di CNA pada pukul 6.45 petang Ahad, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan medianya pada Rabu (4 Ogos).

Ia disusuli dengan versi bahasa Melayu yang akan disiarkan di Suria sementara versi bahasa Tamil bakal disiarkan di Vasantham dan ke udara melalui stesen radio Oli 968. Amanat dalam bahasa Mandarin pula akan disiarkan di Saluran 8 dan stesen radio Capitol 958.

Amanat tersebut juga akan disiarkan di laman dan saluran YouTube PMO dalam keempat-empat bahasa rasmi.

Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini ditangguhkan ke 21 Ogos, setelah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) berakhir kelak.

Satu perbarisan istiadat bagi menandakan Hari Kebangsaan sebaliknya akan diadakan pada tarikh asal iaitu 9 Ogos.

Rapat Umum Hari Kebangsaan juga ditunda dan akan diadakan pada 29 Ogos.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan