Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amah yang pulang dari negara tertentu boleh jalani SHN di kediaman majikan: ICA

Pembantu rumah yang pulang ke Singapura dari negara-negara tertentu selepas pukul 11.59 malam pada Selasa (26 Okt) akan dibenarkan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kediaman majikan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Amah yang pulang dari negara tertentu boleh jalani SHN di kediaman majikan: ICA

Gambar fail: Ooi Boon Keong/TODAY

Diterbitkan : 26 Oct 2021 09:02AM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 09:11AM

SINGAPURA: Pembantu rumah yang pulang ke Singapura dari negara-negara tertentu selepas pukul 11.59 malam pada Selasa (26 Okt) akan dibenarkan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kediaman majikan mereka.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Menurut laman ICA, pembantu rumah yang pulang dari negara-negara Kategori II akan dibenarkan menjalani SHN tujuh hari di rumah majikan mereka.

Mereka yang pulang dari negara Kategori III juga akan dibenarkan melakukan yang sama bagi SHN 10 hari mereka.

Aturan itu hanya bagi pembantu rumah yang sudah bekerja dengan majikan mereka sebelum mereka meninggalkan Singapura, menurut ICA.

Pembantu rumah yang pulang dari negara-negara di bawah Kategori II dan III juga dikehendaki mengambil ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada hari terakhir SHN mereka.

Negara-negara Kategori II termasuk Australia, Jepun, New Zealand dan Arab Saudi. Negara di bawah Kategori III pula termasuk Kemboja, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengasuh tempoh berpantang tidak dibenarkan menjalani SHN di kediaman majikan mereka, menurut ICA.

Pembantu rumah yang menjalani SHN di kediaman majikan mereka "sangat digalakkan" untuk mengasingkan diri di dalam bilik yang berasingan jika keluarga itu mempunyai individu berisiko yang belum divaksin, serta mengurangkan kontak dengan anggota keluarga yang berisiko itu.

Menurut ICA, pembantu rumah dan pengasuh tempoh berpantang yang tidak dapat menjalani SHN di kediaman majikan mereka dikehendaki menjalaninya di "tempat penginapan yang sesuai" seperti hotel atau apartmen servis.

Bagi majikan yang meminta para pembantu rumah atau penjaga mereka berkongsi bilik di kemudahan SHN khas, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menekankan bahawa kedua-dua majikan dan pembantu rumah atau penjaga harus mengambil perhatian tentang risiko, termasuk berpotensi dijangkiti COVID-19 daripada orang yang berkongsi bilik dengan mereka.

"Jika ada di antara mereka disahkan positif COVID-19, tempoh SHN mereka mungkin dilanjutkan. Dalam kes ini, mungkin terdapat kos tambahan untuk penginapannya dan prosedur berkaitan perubatan," menurut MOM di lamannya.

Pembantu rumah dan pengasuh yang meminta untuk berkongsi bilik perlu melengkapkan dan menandatangani borang perlindungan jika mereka bersetuju untuk berkongsi bilik selama tempoh SHN.

Mediacorp sudah menghubungi MOM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan