Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amah minta dibicara atas tuduhan curi barang milik pengasas Capitaland Group

Seorang pembantu rumah yang bekerja dengan presiden pengasas Capitaland Group, Liew Mun Leong, didakwa mencuri barangan milik majikannya bernilai lebih S$50,000. Amah itu bagaimanapun meminta supaya kesnya dibicarakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Amah minta dibicara atas tuduhan curi barang milik pengasas Capitaland Group

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Apr 2018 04:37PM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 04:38PM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah yang bekerja dengan presiden pengasas Capitaland Group, Liew Mun Leong, didakwa mencuri barangan milik majikannya bernilai lebih S$50,000. Amah itu bagaimanapun meminta supaya kesnya dibicarakan.

Parti Liyani, 44 tahun, seorang warga Indonesia, dituduh mencuri jam tangan Gerald Genta yang sudah rosak bernilai S$25,000 dan pakaian milik anak Encik Liew, Karl, yang bernilai S$1,800. Karl adalah seorang pengurus bank privet.

Encik Liew sendiri yang membuat aduan polis. Liyani didakwa mencuri dua beg Longchamp dan pemain DVD Pioneer yang bernilai S$1,400 daripada Encik Liew. Pencurian itu didakwa dilakukan pada 28 Oktober 2016 di rumah Encik Liew yang terletak di Chancery Lane, Novena.

Liyani juga dituduh mencuri sepasang kaca mata hitam Gucci bernilai S$500 dan beg Prada bernilai S$1,000 daripada anak perempuan Karl, serta aksesori fesyen bernilai S$1,100 daripada saudara perempuan Karl. Antara barang yang dicuri termasuk selimut dan cadar.

Mediacorp difahamkan bahawa Liyani bekerja di Singapura sejak 1996. Dia bekerja dengan Encik Liew selama lapan tahun.

Penolong Superintenden Polis (ASP) Tang Ru Long yang menjalankan siasatan awal memberi keterangan dalam perbicaraan hari ini (23 Apr).

Beliau mengeluarkan waran untuk menangkap suspek ketika dia berada di luar negara. Dia ditangkap apabila kembali ke Singapura pada 2 Disember 2016.

Kes akan dibicarakan sehingga Rabu (25 Apr). Jika sabit kesalahan, Liyani boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan