Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aloysius Pang askar pertama cedera semasa mengendali SSPH: MINDEF

Mendiang Aloysius Pang ialah askar pertama yang cedera disebabkan laras meriam yang diturunkan semasa mengendalikan meriam gerak sendiri jenis Howitzer Singapura (SSPH), MINDEF pada Rabu (30 Jan) dalam kenyataan media yang menjelaskan rekod keselamatan kenderaan artileri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Aloysius Pang askar pertama cedera semasa mengendali SSPH: MINDEF

Aloysius Pang (Gambar fail: Facebook/Aloysius Pang)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 12:06AM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 02:06AM

SINGAPURA: Mendiang Aloysius Pang ialah askar pertama yang cedera disebabkan laras meriam yang diturunkan semasa mengendalikan meriam gerak sendiri jenis Howitzer Singapura (SSPH), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (30 Jan) dalam satu kenyataan media yang menjelaskan rekod keselamatan kenderaan artileri itu.

Pang meninggal dunia pada 23 Januari di Hospital Waikato di Hamilton, New Zealand, selepas mengalami kecederaan semasa menjalankan kerja-kerja pembaikan pada SSPH sebagai sebahagian daripada latihan kerahannya.

Pelakon berusia 28 tahun itu berada di New Zealand untuk Latihan Thunder Warrior, latihan menembak peluru hidup yang melibatkan meriam howitzer.

Beliau terhimpit dan mengalami kecederaan apabila laras meriam diturunkan dan menjalani beberapa pembedahan untuk merawat kecederaannya. Namun Pang meninggal dunia beberapa hari selepas kemalangan itu.

SAF menyatakan SSPH sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan sudah digunakan oleh lebih 1,000 anggota kerahan, anggota perkhidmatan negara dan pegawai tetap.

"Dalam tempoh 15 tahun operasi SSPH yang lalu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat laras diturunkan bagi tujuan penyenggaraan, operasi atau tembakan SSPH," menurut kenyataan MINDEF.

MINDEF mengesahkan satu Jawatankuasa Siasatan (COI) ditubuhkan pada 25 Januari untuk menyiasat kematian Pang, dipengerusikan seorang hakim dari Mahkamah Negara.

Para anggota lain panel COI termasuk seorang ahli perunding pakar perubatan, ahli Panel Semakan Luar Keselamatan SAF, ahli Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja dan seorang anggota kanan perkhidmatan negara.

Tiada di antara anggota COI itu bertugas dalam MINDEF atau merupakan pegawai tetap SAF, menurut kementerian tersebut.

Insiden di New Zealand adalah kali keempat dalam tempoh 18 bulan seorang askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia semasa dalam latihan.

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dijadual menyampaikan kenyataan menteri pada sidang parlimen akan datang pada Februari berhubung kematian-kematian itu.

PROSEDUR KESELAMATAN

SSPH dibina oleh ST Engineering Land Systems dan dihasilkan pada 2003.

Dikendalikan oleh kru seramai empat orang termasuk komander senjata, pengisi bahan letupan, pengisi peluru dan pemandu, setiap askar diperuntuk zon keselamatan di dalam turet, menurut MINDEF.

(Gambar rajah: MINDEF)

Untuk menurunkan laras meriam, komander senjata harus membuat pemeriksaan visual agar kawasan di sekeliling laras bebas daripada sebarang halangan, dan kru tetap berada dalam kedudukan operasi selamat.

Beliau kemudian akan memberi arahan "jauhkan diri" untuk memberi amaran kepada kru tentang senjata yang akan bergerak dan menjerit "bersedia" apabila laras diturunkan, menurut kenyataan itu.

Dalam keadaan kecemasan yang memerlukan laras atau bahagian bergerak lain berhenti dengan serta-merta, mana-mana anggota kru, kecuali pemandu, boleh mengaktifkan butang henti untuk kecemasan.

"Sekiranya senjata memerlukan kerja penyenggaraan semasa latihan dan operasi, pasukan juruteknik Tentera akan diaktifkan di tapak tersebut dan bertanggungjawab terhadap SSPH," menurut kenyataan itu.

"Memandangkan kerja diagnosis dan penyenggaraan diperlukan, juruteknik Tentera mungkin memerlukan bantuan Komander Senjata. Juruteknik Tentera juga dilatih dan dikehendaki mematuhi protokol keselamatan sama seperti kru SSPH. "

Juruteknik yang menjalani latihan di dalam kem juga perlu menghadiri kursus latihan untuk ulang kaji kemahiran mereka sebelum dikerahkan.

"Para pelatih akan dilatih secara teori dan amali termasuk dalam Latihan Vokasional Penyenggaraan (MVT) sehingga mereka dinilai berkelayakan untuk memastikan juruteknik cukup mahir dalam melaksanakan tugas penyenggaraan yang diperlukan," tambah MINDEF. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan