Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aliran barangan, bekalan antara S'pura dengan M'sia diteruskan semasa PKP penuh, kata Gan Kim Yong

Aliran barangan dan bekalan antara Singapura dengan Malaysia akan diteruskan sekalipun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya di Malaysia dari 1 Jun hingga 14 Jun, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Sabtu (29 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 May 2021 06:59PM Dikemas Kini : 29 May 2021 10:39PM

SINGAPURA: Aliran barangan dan bekalan antara Singapura dengan Malaysia akan diteruskan sekalipun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya di Malaysia dari 1 Jun hingga 14 Jun, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Sabtu (29 Mei).

"Sejak pandemik bermula, Singapura dan Malaysia bekerjasama rapat untuk memastikan aliran berterusan barangan dan bekalan antara kedua-dua negara kami," kata Encik Gan.

"Kita juga akan terus melakukan sedemikian berikutan pengumuman Malaysia baru-baru ini untuk mengetatkan lagi langkah bagi membendung pandemik dalam negaranya."

Pada Jumaat, Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan "sekatan penuh" di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Fasa pertama sekatan akan berkuat kuasa dari 1 Jun hingga 14 Jun dan hanya sektor-sektor ekonomi dan perkhidmatan penting yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara akan dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh itu.

Encik Gan berkata pada Sabtu bahawa sepanjang tempoh tahun lalu, rantaian pasar raya utama di Singapura secara aktif mengawasi keadaan di peringkat global dan serantau, bertindak pantas untuk membina mana-mana inventori, yang perlu.

Encik Gan juga meluahkan penghargaan terhadap mereka yang bekerja dalam sektor logistik dan kakitangan pasr raya atas kerja keras mereka dalam memastikan ada bekalan mencukupi bagi Singapura.

Pada Sabtu, Malaysia melaporkan 9,020 kes baru COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak bermulanya pandemik itu di negara tersebut. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan