Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Alibaba lancar program biasiswa di S'pura

Para graduan yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ijazah kedoktoran dalam sains komputer mungkin layak untuk mendapatkan program biasiswa yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Alibaba lancar program biasiswa di S'pura

Ibu pejabat Alibaba Group di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 09:28AM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 09:30AM

SINGAPURA: Para graduan yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ijazah kedoktoran dalam sains komputer mungkin layak untuk mendapatkan program biasiswa yang baru.

Biasiswa itu dilancarkan oleh Alibaba, bersama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Program Bakat Alibaba dibuka kepada rakyat dan juga penduduk tetap Singapura.

Sekitar 20 hingga 30 mahasiswa akan membentuk kumpulan pertama kohort pada Januari tahun depan.

Bagi para graduan yang layak, yuran pengajian mereka akan dibiayai biasiswa tersebut dan mereka akan menerima wang belanja sebanyak S$5,000 setiap bulan.

Para penerima biasiswa juga akan terlibat dalam projek-projek yang relevan dengan industri berkenaan, dan mereka akan meluangkan sebahagian masa mereka di kemudahan penyelidikan Alibaba untuk meraih pengalaman korporat.

Selain kecemerlangan akademik, kriteria lebih ketat akan diperkenalkan dalam proses pemilihan calon. 

Sumber : Today/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan