Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Alat baru TraceTogether COVID-19 dihasilkan dan direka oleh 2 pembida: GovTech

Tender bagi mereka bentuk alat atau token TraceTogether bagi keluaran seterusnya diberikan kepada dua pembida, menurut Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) pada Jumaat (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Alat baru TraceTogether COVID-19 dihasilkan dan direka oleh 2 pembida: GovTech

Seorang lelaki menunjukkan token TraceTogether. (Gambar: Pejabat Generasi Warga Emas)

Diterbitkan : 21 Aug 2020 05:40PM Dikemas Kini : 21 Aug 2020 05:43PM

SINGAPURA: Tender bagi mereka bentuk alat atau token TraceTogether bagi keluaran seterusnya diberikan kepada dua pembida, menurut Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) pada Jumaat (21 Ogos).

Pembida pertama adalah sebuah konsortium terdiri daripada pengedar elektronik Siix Singapore dan firma huraian ketersambungan tanpa wayar iWOW, manakala pembida kedua adalah PCI, syarikat pengeluar elektronik yang memenangi tender bagi keluaran pertama alat TraceTogether.

Setiap token dijangka bernilai sekitar S$10, lebih rendah berbanding $20 dalam keluaran pertama, dengan GovTech berjaya menguruskan dan menjarakkan pengeluaran seterusnya berdasarkan permintaan.

PCI, yang bermula sebagai pengeluar papan litar Lembah Silikon pada 1972, dibeli oleh firma ekuiti privet Amerika Platinum Equity untuk S$265 juta pada tahun lalu.

PIC memenangi kontrak S$6 juta untuk menghasilkan kumpulan pertama sebanyak 300,000 alat TraceTogether.

Alat itu diagihkan kepada warga tua yang berisiko tinggi dari 28 Jun, termasuk mereka yang uzur, tinggal seorang diri atau tidak mempunyai sokongan keluarga.

Bateri bagi versi awal memiliki jangka hayat sekitar enam hingga sembilan bulan dan tidak perlu dicas. Ia juga direka supaya mudah digunakan pengguna dan ringan.

Setiap alat TraceTogether akan mempunyai kod QR unik dan memiliki ciri khas untuk penggunaan penerima sahaja.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan