Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Alat bantuan penglihatan boleh dipinjam di perpustakaan pertama seumpamanya di hospital

Buat pertama kalinya di Singapura, sebuah perpustakaan akan ditempatkan di hospital. Namun bukan buku yang boleh dipinjam, tetapi pelbagai alat untuk membantu penglihatan seseorang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2021 05:15PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 11:46PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya di Singapura, sebuah perpustakaan akan ditempatkan di hospital. Namun bukan buku yang boleh dipinjam, tetapi pelbagai alat untuk membantu penglihatan seseorang.

Sudut sumber rujukan teknologi bijak bagi penuaan aktif tersebut terletak di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC).

Ia bertujuan membantu sekitar 1.5 peratus rakyat Singapura yang mengalami masalah penglihatan. Pelbagai peranti seperti kaca pembesar, tablet Braille serta kalkulator bersuara boleh dipinjam di sana.

Ada juga sebuah alat mudah dipakai, 'Orcam My Eye', yang dicipta di Israel. Ia bukan saja mampu membaca teks, malah boleh mengenal pasti wajah dan pelbagai produk.

Para pesakit boleh mencuba pelbagai peranti itu selama tiga minggu sebelum membelinya jika berminat. 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan