Images
  • jovan
    Aktivis sivil Jolovan Wham. (Gambar: TODAY/Nuria Ling)

Aktivis Jolovan Wham dan ahli SDP John Tan didapati bersalah menghina mahkamah

SINGAPURA: Aktivis sivil Jolovan Wham dan anggota Parti Demokratik Singapura (SDP) John Tan menjadi orang pertama didapati bersalah di bawah undang-undang menghina mahkamah yang baru pada Selasa ( 9 Okt) melalui catatan berasingan di Facebook.

Hakim Mahkamah Tinggi Woo Bih Li mendapati catatan di Facebook yang diterbitkan pasangan itu mempersoalkan integriti dan keadilan mahkamah di Singapura dan menimbulkan risiko terhadap kepercayaan awam dalam pentadbiran keadilan di sini.

Catatan yang dikeluarkan Wham pada 27 April lalu mengatakan bahawa mahkamah di Singapura tidak sebebas mahkamah Malaysia apabila menangani kes-kes yang mempunyai implikasi politik.

Maka itu, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengambil tindakan penghinaan ke atas mahkamah terhadap Wham.

Tan, dalam catatannya pada 6 Mei pula mengatakan tindakan AGC itu memberi pengesahan tentang kebenaran hujah Wham.

Kes itu adalah sabitan pertama di bawah undang-undang penghinaan baru, Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Oktober tahun lalu. 

- CNA/SU/na

Top