Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akademi Home Team perkenal inisiatif teknologi bagi latihannya

Akademi Home Team dijangka akan mempertingkatkan latihan bagi para pegawainya dengan memanfaatkan teknologi, dedah Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo semalam (15 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Akademi Home Team perkenal inisiatif teknologi bagi latihannya

Gambar: Akademi Home Team

Diterbitkan : 16 May 2019 03:37PM Dikemas Kini : 16 May 2019 03:40PM

SINGAPURA: Akademi Home Team dijangka akan mempertingkatkan latihan bagi para pegawainya dengan memanfaatkan teknologi, dedah Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo semalam (15 Mei).

Ini bagi memastikan mereka mampu mengharungi cabaran-cabaran seperti pengganasan, jenayah yang kian berubah-ubah dan beban persepsi orang ramai.

“Dengan hanya menambah tenaga manusia, ia tidak dapat terus ditampung mahupun berkesan,” kata Cik Teo semalam dalam ucapannya di Seminar Pelan Kerja Akademi Home Team.

“Sebaliknya, sama seperti sektor-sektor lain, kami perlu mengubah cara kami beroperasi di Home Team – kami perlu terus memanfaatkan teknologi, memperhalusi dan juga merombak proses serta konsep operasi.”

RANGSANGAN TEKNOLOGI BAGI PROGRAM LATIHAN

Salah satu contoh penggunaan teknologi dipamerkan semasa demonstrasi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), di mana para peserta melalui senario selepas berlakunya serangan bom dengan menggunakan gogal khas.

Dengan memanfaatkan teknologi realiti gabung, para pegawai SCDF boleh dilatih untuk merawat mangsa maya berdasarkan latar belakang sebenar.

Teknologi sedemikian bakal ditampilkan di pusat latihan SCDF yang baru yang dijangka dibuka pada 2021. Pusat Latihan Khidmat Perubatan Kecemasan Nasional akan mengambil masuk peserta tempatan dan antarabangsa. Mereka akan dilatih menggunakan wadah permainan video dengan simulasi perubatan.

SCDF juga akan membangunkan sebuah makmal untuk memantau prestasi para pegawai barisan hadapan dengan lebih baik lagi. Makmal Peningkatan dan Penyesuaian Kecergasan Barisan Hadapan Kecemasan (ExCEL) akan meliputi aspek jasmani dan tingkah laku.

TUGAS HOME TEAM TERUS BERUBAH

Kesemua latihan dalam bidang teknologi dianggap perlu disebabkan oleh tugas Home Team yang kian berubah-ubah, kata Cik Teo.

Pada skala lebih luas, Akademi itu merancang untuk melengkapkan kesemua 25,000 pegawai Home Team dengan kemahiran asas teknologi menjelang 2021.

Ia juga sedang bekerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk mentauliahkan program-program asas Akademi itu.

Januari depan, para pegawai yang memperolehi Sijil Pengajian Home Team akan diberi kredit untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di sana.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan