Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akademi baru persiap tenaga kerja jagaan kesihatan masa depan

Gerakan buruh NTUC membentuk apa yang disifatkannya sebagai Akademi Jagaan Kesihatan bagi membantu para pekerja beralih kepada pekerjaan masa hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2018 07:38PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:28PM

SINGAPURA: Gerakan buruh NTUC membentuk apa yang disifatkannya sebagai Akademi Jagaan Kesihatan bagi membantu para pekerja beralih kepada pekerjaan masa hadapan.

Sebagai permulaan, sasarannya ialah 4,600 pekerja yang mungkin terjejas berikutan penggunaan automasi.

Kebanyakan daripada mereka ialah pekerja barisan hadapan yang biasanya memproses temu janji dan pembayaran.

Dalam enam bulan pertama, akademi itu akan menjalankan kursus selama satu atau dua hari untuk membantu para pekerja menyesuaikan diri dengan penggunaan digital di tempat kerja.

Sesi-sesi itu akan membantu pihak kesatuan sekerja memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pekerja bagi menganjurkan lebih banyak kursus.

Hospital Tan Tock Seng, misalnya, sudahpun mula meluaskan peranan pekerja barisan hadapannya.

Sejak 2013, mereka sudah mula menjalankan tugas-tugas klinikal seperti mengambil darah pesakit bagi ujian makmal.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan NTUC, Ng Chee Meng, berkata Akademi Jagaan Kesihatan itu merupakan satu institusi penting bagi menghasilkan pelbagai peluang latihan yang boleh dimanfaatkan para pekerja bagi mempertingkatkan kemahiran mereka.

Langkah-langkah seperti penubuhan akademi baru itu diharap dapat membantu mewujudkan pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan daya penghasilan bagi seluruh sektor jagaan kesihatan.

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan