Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ajaran berunsur ganas tiada tempat dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kata Amrin

 Kita mesti tolak sekeras-kerasnya ajaran Murad Mohd Said dan sokongannya terhadap keganasan. Agenda seumpama ini tiada tempat dalam masyarakat bertamadun serta berbilang kaum dan agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Ajaran berunsur ganas tiada tempat dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kata Amrin

Gambar fail Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin.

SINGAPURA: Kita mesti tolak sekeras-kerasnya ajaran Murad Mohd Said dan sokongannya terhadap keganasan. Agenda seumpama ini tiada tempat dalam masyarakat bertamadun serta berbilang kaum dan agama.

Demikian tegas Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin dalam catatannya di Facebooknya hari ini (16 Jan).

"Pandangan sedemikian berbahaya - saya mengutuk ajarannya. Jika tidak dipantau, ia menimbulkan ancaman terhadap keselamatan, perpaduan dan keharmonian," tulis Encik Amrin.

Murad Mohd Said adalah satu daripada dua individu yang dikenakan perintah sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dia menggalak keganasan, pembunuhan murtad, termasuk golongan bukan Islam, pengikut ajaran Sufi, Syiah dan umat Islam yang tidak mengikut Al-Quran dan sunnah.

Seorang lagi yang dikenakan perintah sekatan adalah Razali Abas, yang juga anak murid Murad.

"Islam, agama yang memupuk keihsanan, keamanan dan keharmonian, memang wajar menerima asatizah dan ulama yang benar-benar menegakkan agama suci dan mulia ini," kata Encik Amrin.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan