Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Air terusan Sentosa Cove berwarna merah jambu & berbau busuk, kata penduduk

Disifatkan oleh salah seorang penduduk sebagai satu "bencana alam" di depan rumahnya, air di terusan Sentosa Cove bertukar warna menjadi merah jambu.

Anggaran Waktu Membaca:
Air terusan Sentosa Cove berwarna merah jambu & berbau busuk, kata penduduk

Air terusan di Sentosa Cove berwarna merah jambu, banyak bangkai ikan. (Gambar: Heron of the Green Barrels)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 09:24AM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 09:28AM

SINGAPURA: Disifatkan oleh salah seorang penduduk sebagai satu "bencana alam" di depan rumahnya, air di terusan Sentosa Cove bertukar warna menjadi merah jambu kerana terus mengeluarkan bau busuk seakan kumbahan sejak Selasa (12 Jan).

Ini berlaku seminggu selepas berpuluh-puluh ekor ikan di terusan itu mati.

Setakat sehingga semalam (13 Jan), misteri tersebut masih belum terjawab sedang para penduduk terkesan dengan apa yang berlaku.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberitahu Mediacorp bahawa punca ikan-ikan itu mati dan perubahan warna air masih belum diketahui. Siasatan sedang dijalankan.

"Tiada tanda pencemaran industri atau marin yang boleh menjejas air di kawasan itu. Tiada juga aduan tentang ikan-ikan yang mati di pantai-pantai awam Singapura pada hujung minggu lalu," menurut NEA, sambil menambah ia sudah mengambil beberapa sampel air sejak 9 Januari dan sedang menjalankan analisa.

Para penduduk memberitahu Mediacorp bahawa keadaan dan bau yang aneh itu berlaku walaupun setelah pihak pengurusannya memulakan kerja-kerja bagi membersihkan bangkai-bangkai ikan yang timbul pada Sabtu lalu (9 Jan).

Terusan yang terjejas itu terletak di kawasan perumahan Sentosa Cove. Menurut para penduduk, pihak pengurusan sudah memberi jaminan menerusi surat yang dikirimkan pada Isnin (11 Jan), bahawa "keadaan akan kembali normal dalam masa beberapa hari" kerana ia adalah "urusan biasa setiap hari" di mana air laut dipam ke dalam terusan.

Dalam surat itu, yang dibaca oleh Mediacorp, Knight Frank Property Asset Management, yang menulis bagi pihak Pengurusan Resort Sentosa Cove menyatakan bahawa keadaan sudah terkawal di South Cove manakala terusan di North Cove tidak terjejas.

Ia menyatakan bahawa para kontraktor menjumpai puluhan bangkai ikan dan bau busuk di terusan itu semasa menjalankan pembersihan rutin semalam (13 Jan).

Semasa Knight Frank dan kontraktor itu menjalankan pemeriksaan di sana, mereka tidak menemui apa-apa perkara luar biasa.

Air terusan di Sentosa Cove masih merah jambu semalam ,13 Jan. (Gambar: Dan Paris)

Air terusan di Sentosa Cove masih merah jambu semalam ,13 Jan. (Gambar: Dan Paris)

Bagaimanapun, dalam tempoh dua hari selepas itu, pihak pengurusan menerima aduan mengenai bangkai ikan dan bau busuk dari terusan tersebut, menyebabkan "kerja-kerja pembersihan besar-besaran dan bangkai diangkat keluar" pada Sabtu lalu (9 Jan), menurut Knight Frank lagi.

Pada pagi Isnin (11 Jan), para kontraktor tidak lagi menjumpai bangkai ikan dan bau busuk, yang mungkin datang daripada bangkai, "sudah tiada lagi".

Sekalipun demikian, "atas sebab kebersihan" para penduduk dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan kegiatan-kegiatan air, termasuk berkanu dan berkayak.

Knight Frank juga menyatakan sampel air sudah diambil untuk menjalankan ujian dan siasatan lanjut.

"Kami akan memaklumkan para penduduk sebaik sahaja kami menentukan puncanya dan tindakan susulan akan diambil," tambah Knight Frank.

Pihak Pengurusan Resort Sentosa Cove juga memberitahu Mediacorp bahawa ia menasihatkan para penduduk supaya mengelak daripada melakukan kegiatan di terusan tersebut, sambil menambah "ia akan memantaunya".

Dalam jawapannya kepada pertanyaan Mediacorp, NEA menyatakan ia sudah menerima beberapa aduan daripada para penduduk tentang bangkai-bangkai ikan di perairan Sentosa Cove pada pagi 9 Januari.

Pada malam 12 Januari, ia kemudian dimaklumkan bahawa air terusan berubah "menjadi warna merah jambu keunguan".

NEA dan Lembaga Taman Negara (NParks) sedang membantu Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dalam siasatan mereka, menurut agensi itu. 

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan